Heidi Klum, 45, peragawati terkenal yang berasal dari Jerman akhirnya mengikat tali pertunangannya dengan pemuzik Tom Kaulitz 29 selepas lebih setahun berpacaran.
Kredit foto: People
Supermodel itu yang juga hakim dalam program America's Got Talent berkongsi berita tersebut dengan 5.6 juta pengikut Instagramnya. "Saya jawab YA," tulis kapsennya. Berita itu turut memuatkan gambar mereka berdua sedang tersenyum.
Kredit foto: Too Fab
Bekas pengacara Project Runway dan pemuzik band Tokio Hotel itu mula dilihat bersama bulan Mei tahun lalu di majlis Gala amFAR di Cannes. Kaulitz kemudiannya tampil dengan kostum Shrek ketika majlis sambutan Halloween Klum mengesahkan hubungan mereka.
Kredit foto: Stars Changes
Klum menerima banak ucapan tahniah daripada kawan-kawannya di bahagian komen. Supermodel Naomi Campbell pereka Zac Posen artis Gwen Steani Paris Hilton dan Doutzen Kroes berkongsi ucapan kegembiraan dengan pasangan yang bertemu ketika rakaman Germany's Next Top Model itu.
Kredit foto: Instagram
Ini adalah perkahwinan yang ketiga buat Klum dan pertama buat Kaulitz. Terbaru, memetik ET Online Heidi nampaknya benar-benar tidak mahu mensia-siakan perkahwinan terbaharunya ini.
Dikatakan supermodel ini sudah pun menetapkan tarikh untuk hari bahagianya bersama tunangnya. Namun, dia masih merahsiakan hal tersebut dan tidak mahu memberikan sebarang butiran.
Semoga perkahwinan Heidi Klum kali ini berakhir dengan kebahagiaan. - CARI |