View: 15385|Reply: 149
|
[Tempatan]
[ Update ] Anak Perempuan Dipukul Guna Tukul Kini Stabil
[Copy link]
|
|
Edited by Remyda at 7-3-2019 09:31 AM
SELASA, 5 MARCH 2019 @ 3:05 PM
PARIT BUNTAR: Seorang wanita parah dipukul bapanya menggunakan tukul pemecah dinding di Parit Sungai Melan, Kuala Kurau, dekat sini, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob, berkata polis menerima panggilan dari petugas Hospital Parit Buntar (HPB) kira-kira jam 7.25 malam, memaklumkan menerima kes seorang wanita berusia 24 tahun parah selepas dipukul menggunakan senjata tumpul.
Katanya, pihaknya segera menjalankan siasatan sebelum menahan suspek iaitu bapa mangsa yang berusia 58 tahun di hospital sama.
“Siasatan awal mendapati, kejadian berlaku antara jam 5.30 petang hingga 6.30 petang semalam ketika bapa mangsa yang bekerja sebagai tukang rumah dikatakan baru pulang dari bekerja.
“Ketika kejadian, mangsa sedang membaca al-Quran sebelum didatangi bapanya yang secara tiba-tiba bertindak memukul mangsa di beberapa bahagian di kepala menggunakan tukul pemecah dinding miliknya.
“Akibat kejadian itu, mangsa parah manakala bapanya yang menyesal dengan kejadian itu bertindak mencederakan diri dengan menghentakkan kepalanya pada dinding rumah dan menerima lima jahitan di kepala.
“Suspek turut mengalami keretakan pada tulang tapak tangan kiri akibat tindakannya mencederakan dirinya sendiri,” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat rombongan Ahli Majlis Daerah Kerian (MDK) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian, di sini hari ini.
Omar Bakhtiar berkata, siasatan awal mendapati bapa mangsa bertindak demikian berikutan mangsa yang sehingga kini masih belum mendapat sebarang tawaran pekerjaan selepas menamatkan pengajian dan mendapat ijazah sarjana muda dalam bidang perakaunan.
Beliau berkata, mangsa yang parah menerima rawatan di Hospital Taiping dan kini dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh berikutan kecederaan serius yang dialami kesan dari hentakan dan pukulan tukul berkenaan.
Katanya, polis sudah menahan bapa mangsa ketika mendapatkan rawatan di hospital dan sedang memohon perintah reman terhadapnya hari ini.
“Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya. |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 5-3-2019 03:34 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Tergamak ayah...
Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi
MANGSA. FOTO Ihsan Pembaca
WANITA parah dihentak dengan tukul pemecah dinding dalam kejadian di Parit Sungai Melan, Kuala Kurau, dekat Parit Buntar, semalam.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian daripada petugas Hospital Parit Buntar pada 7.25 malam, memaklumkan wanita berusia 24 tahun itu parah dipercayai dipukul menggunakan senjata tumpul.
Menurutnya, susulan laporan itu pihaknya segera menjalankan siasatan dan menahan suspek iaitu bapa mangsa yang berusia 58 tahun di hospital sama.
“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku antara jam 5.30 petang hingga 6.30 petang semalam ketika bapa mangsa yang berkerja sebagai tukang rumah dikatakan baru pulang dari berkerja.
“Ketika kejadian, mangsa sedang membaca al-Quran sebelum didatangi bapanya yang secara tiba-tiba bertindak memukul mangsa di kepala menggunakan tukul pemecah dinding.
“Akibat kejadian itu, mangsa parah manakala bapanya yang dipercayai menyesal dengan kejadian itu bertindak menghentak kepalanya pada dinding rumah dan menerima lima jahitan di kepala.
“Suspek juga mengalami keretakan pada tulang tapak tangan kiri akibat tindakan mencederakan dirinya sendiri,” katanya ketika ditemui media selepas menerima kunjungan hormat Ahli-Ahli Majlis Daerah Kerian (MDK) di Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian di Parit Buntar, hari ini.
Hadir sama Setiausaha MDK, Norhafisah Mohamad.
Menurutnya, siasatan juga mendapati punca kejadian dipercayai bapa mangsa bertindak demikian kerana mangsa belum menerima pekerjaan selepas mendapat ijazah dalam perakaunan.
“Polis menahan suspek ketika menerima rawatan di Hospital Parit Buntar dan proses permohonan reman akan dibuat hari ini.
“Mangsa yang parah menerima rawatan awal di Hospital Taiping dan kini dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) berikutan kecederaan serius dialami kesan hentakan tukul itu.
“Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 Mac 2019 @ 3:14 PM |
|
|
|
|
|
|
|
Allahu...hmmm...berat bahu memandang berat lagi bahu yg memikul |
|
|
|
|
|
|
|
pakcik dah kenapa? mental ker? |
|
|
|
|
|
|
|
sedihnyaaa baca...memang tergamak betul ayahnya
tgh baca quran kena pukul |
|
|
|
|
|
|
|
maybe sbb hidup susah kot...Allahu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Gamaknya ada la tu..org keliling si ayah dok perli2 ayah tu.. anak dah ada degree masih menganggur.. ayah tu dah habis sabor le tu.. lepas geram kat anak.. kesian... |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya ko dik.. |
|
|
|
|
|
|
|
Spesies bapak hadap duit anak ni..
Dari kecik sampai besar aku dah banyak keluar duit, dah habis belajar masih lagi tak keluarkan hasil... (tak kerja)
Tambah lagi mulut cibai makcik pakcik bawang gelakkan pakcik agaknya pasal si anak masih menganggur..
Duk lokap je la pakcik..
Dah tak payah susah penat bagi makan kat anak.
Bini pun senang mintak fasakh..
|
|
|
|
|
|
|
|
dalam keadaan ekonomi skrg.. mmg payah nak dapat keje..
tapi kalau pukul ngan tukul pun bknnye ank pakcik dapat keje..
|
|
|
|
|
|
|
|
bapak dia tendion anak ada ijazah akaun tarak kerja padahal orang yg tipu ada konon ijazah akaun jadi menteri
|
|
|
|
|
|
|
|
mohon hantar bapak itu ke rumah kebajikan lepas ni ye dik... |
|
|
|
|
|
|
|
Allahuakbar. Moga dipermudahkan urusan mu dik sedihnye |
|
|
|
|
|
|
|
frust betul agak nye anak blum dpt keje |
|
|
|
|
|
|
|
sarahmirza replied at 5-3-2019 03:56 PM
Spesies bapak hadap duit anak ni..
Dari kecik sampai besar aku dah banyak keluar duit, dah habis ...
Betul tu. Ksian anak dia. Dah la susah bljar akaun. Skg dah cedera parah. Hentakan kt kpala tu klau hdup pun mgkin ada kcacatan kekal. Moga beliau diberi ksembuhan. Mereput je la bapak mental dia tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Stress sangat ke pakcik ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 5-3-2019 04:07 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Semoga diberi kesembuhan & kesabaran buat adik ni |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
woi
apa gila hentak dgn hammer dinding tu???
bergegar otak anak tu la sial betul bapak macam ni! |
|
|
|
|
|
|
|
Moga adik ni cepat dapat kerja dan dipermudahkan hidupnya. ..amin. .... |
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin ayahnya sakit jiwa |
|
|
|
|
|
|
| |
|