Terdapat desas-desus yang mengatakan bahawa hubungan cinta diantara pelakon jelita Erra Fazira dan bintang Akademi Fantasia musim kelapan, Shahir Zawawi sudah berakhir. Namun sejauh mana kebenaran tidak dapat dipastikan kerana kedua-dua mereka masih bermain tarik tali bila ditanya mengenainya.
Diminta mengulas tentang desas-desus hubungan cinta Erra, Awie yakin yang rakannya itu seorang yang kuat.
"Putus cinta? Betul ke? Korang memandai-mandai je," ujar Awie ketika ditemu bual oleh pihak Media Hiburan.
Tambah Awie lagi, dia bersyukur sekiranya mereka (Shahir dan Erra) masih lagi bercinta dan sekiranya hubungan tersebut telah pun putus ianya merupakan takdir dan atas kehendak yang Maha Esa.
Kredit foto: Carian Google
Awie turut menyatakan yang dia percaya Erra seorang yang kuat dan mendoakan yang terbaik buat Erra yang pernah menjadi tunang nya suatu ketika dahulu.
"Saya percaya Erra kuat dan dia akan temui jalan dia sendiri nanti," ujar Awie yang turut mendoakan yang terbaik buat rakan-rakan yang lain seperti yang dipetik daripada portal Media Hiburan.
Apa pun, sama-sama kita mendoakan yang terbaik buat Erra dan Shahir. Kalau betul sudah putus, semoga keduanya berjumpa dengan jodoh yang lebih baik. -CARI |