Kredit foto: Malaysiakini
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng telah mencetuskan kemarahan orang Melayu di negara ini apabila membuat tuduhan melulu kononnya kerjasama yang dibentuk antara UMNO dan Pas merupakan 'pengisytiharan perang terhadap golongan Melayu'.
Walau bagaimanapun, tajuk laporan Malaysiakini pada 6 Mac tentang kenyataan Menteri Kewangan itu dalam bahasa Inggeris yang pada mulanya berbunyi'Lim calls Umno-Pas union a declaration of war on non-Malays' (Lim sifatkan penyatuan Umno-Pas satu pengisytiharan perang terhadap bukan Melayu) telah diubah kepada 'Lim warns Umno-Pas union will target non-Malays' (Lim beri amaran penyatuan Umno-Pas akan sasarkan bukan Melayu) pada awal pagi 7 Mac.
Kredit foto: Malaysiakini
Pada penghujung artikel tersebut, nota editor Malaysiakini menyatakan, Lim memperbetulkan kenyataan yang pada asalnya menggunakan frasa 'declare war on non-Malays' (isytihar perang terhadap bukan Melayu).
Asyraf Wajdi Dusuki. Kredit foto: Facebook
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki melalui kenyataan dalam laman Facebook miliknya menggesa pihak berkuasa segera mengambil tindakan terhadap Lim dengan mendakwanya di bawah Akta Hasutan 1948.
"Sesungguhnya kenyataan Lim Guan Eng ini hanya menyerlahkan lagi wajah sebenar pemimpin dan parti DAP yang sememangnya sejak dahulu lagi lebih cenderung kepada sifat rasis dan chauvinis," katanya.
Kenyataan Asyraf Wajdi Dusuki membidas Lim Guan Eng. Kredit foto: Facebook
Sementara itu, netizen-netizen berketurunan Melayu menyuarakan kekesalan mereka terhadap kenyataan Lim menerusi ruang komen dalam laman Facebook Asyraf Wajdi.
Sebahagian besar mereka kesal kerana Lim sebagai seorang menteri Kabinet telah mengeluarkan kenyataan yang tidak bertanggungjawab serta didakwa berunsur hasutan.
Kredit foto: Facebook
Mereka turut menggesa Pemuda UMNO dan Pemuda Pas membuat laporan polis di seluruh negara bagi mendesak berkuasa menyiasat kenyataan yang dibuat oleh Lim.
Kredit foto: Facebook
Mana-mana pemimpin politik terutamanya yang bertaraf menteri Kabinet sepatutnya berhati-hati ketika mengeluarkan kenyataan kerana kata-kata mereka boleh memberi kesan yang besar terhadap rakyat berbilang kaum dan agama di negara ini. - CARI
|