CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8435|Reply: 34

Kerana K-Pop, Siti Nurhaliza Dipuji Di Twitter Peminat Filipina

[Copy link]
Post time 15-3-2019 09:53 AM | Show all posts |Read mode







Kerana K-Pop, peminat muzik Korea Selatan di seluruh dunia bersatu.

Kerana K-Pop juga, netizen dari Filipina ini sangat kagum dengan Siti Nurhaliza yang tidak pernah dikenalinya sebelum ini. Hal ini terjadi apabila dia memberi komen terhadap sekeping gambar yang memaparkan kumpulan NCT bersama penyanyi nombor satu tanah air, Siti.


Dengan kapsyennya yang tidak percaya bahawa Siti sudah berusia 40 tahun kerana nampak muda serta sebaya dengan ketiga-tiga ahli NCT yang berusia awal 20an, Babybomins menarik perhatian ramai fanatik Siti turut memberi komen di laman Twitternya bahawa di Malaysia Siti sangat dihormati, berjaya, legenda sehingga peminat ini percaya bahawa Siti seharusnya menjadi seorang pemimpin politik.




Foto : Twitter



"Malaysia tiada presiden tetapi ada perdana menteri."



Begitu penjelasan netizen. Bagi mereka Siti adalah ikon kesayangan yang telah menghiburkan Malaysia semenjak dua dekad lepas lagi. Malahan ramai yang berharap untuk kelihatan muda dan bertenaga seperti Siti pada usian 40an nanti. Jadi, tidak perlulah menjawat jawatan lain kerana Siti Nurhaliza membawa penyatuan rakyat dengan muziknya.








"This is how you look when you are an unproblematic queen."

Peminat Siti menulis bahawa betapa besarnya nama Siti Nurhaliza di Malaysia. Memegang takhta penyanyi nombor 1 di Malaysia sejak 2 dekad, dihormati di Asia, pernah membuat konsert di Royal Albert Hall, cantik dan menjadi ikon kepada wanita di Malaysia. Hal inilah yang membuatkan ramai peminatnya sangat menyanjungnya.

Sementelah kisahnya yang lambat mendapat anak hingga terpaksa menunggu selama 11 tahun untuk cahaya mata pertama. Kisahnya itu mendapat liputan stesen televisyen dan juga media sosial.

Twiter





Twitter




Jawapan netizen Malaysia itu membuatkan peminat KPop di Malaysia terinsipirasi untuk mengenali figura nan satu ini sehingga ada yang memberikan saluran Youtube konsert Siti untuk ditonton.

Malahan gambar tersebut sendiri menggambarkan Siti tampak lebih muda berbanding usianya hingga ada yang menggelarkannya sebagai 'vampire' kerana tidak makan dek usia.

Jelaslah, dengan kuasa peminat setia Siti Nurhaliza, ramai orang luar waima peminat tegar KPop sendiri mula mengenali Siti sehingga namanya tetap kekal menjadi sebutan. Jadi, buat artis baru tiru lah cara Siti menjaga hati peminatnya hingga biar 2 dekad berlalu, dia masih tetap unggul di persada. - CARI

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2019 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Panas pungkok haters tokti dlm ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Masa untuk siti mendonia....
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 10:35 AM | Show all posts
so siti dah sendu?
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 11:00 AM | Show all posts
so, takde ke orang nak speku ct bakalan berduet dengan retis kpop, sebab taknak kalah dengan yuna?
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 12:11 PM | Show all posts
cayalah sitizonersss... curlasss tok ti...karatzz retis lain blh contoh sitizonerss ye spya retis korang x senduuuu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-3-2019 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Tp sheols gemuk.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Berapa kg berat tokti agaknya skrg sbb pernah nampak rozi sang dewi komen kat ig tokti dulu “road to 60kg”
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2019 03:11 PM | Show all posts
pakai simple macamtu kan nice tokti...
tak sabar nak tengok apa sheols pakai konsert kat kl nanti
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 15-3-2019 04:13 AM
Tp sheols gemuk.

Dan taste pprt
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 03:56 PM | Show all posts

semua taste sheols pprt sis. daripada fashion, pemilihan lagu, pemilihan laki pun ohh sedihh.... nasib la sore sheols mmg sedap.............
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
bju sheolss pkai nmpk cntk.. suka wrnanya..
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 04:28 PM | Show all posts
hyie replied at 15-3-2019 11:00 AM
so, takde ke orang nak speku ct bakalan berduet dengan retis kpop, sebab taknak kalah dengan yuna? : ...

sudah nampak ke arah itu. mana boleh kalah.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 04:53 PM | Show all posts
KhunJee replied at 15-3-2019 02:06 PM
Berapa kg berat tokti agaknya skrg sbb pernah nampak rozi sang dewi komen kat ig tokti dulu “road t ...

Tokti ni kalau ambil gambar dgn fans, nampak tinggi juga kalau dah tolak tinggi inci kasut dia tu. I percaya je kalau berat dia around 70 memandangkan target dia pun cumalah 60.


Tokti ni kalau kurus lagi confirm nampak late 20s to early 30s. Tp sbb sheolls tak kurus, jelas je rupa 40 an tu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
So terbakar tak haterz bersatu tok ti dalam forum cari yang diketuai oleh arwah tok pit put? Adakah arwah sedang terbakar dan dibakar di bawah sana?

Kompem haterz cakap tok ti nak duet dgn retis kpop sbb nak tiru yunam
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
tikusmontok replied at 15-3-2019 04:28 PM
sudah nampak ke arah itu. mana boleh kalah.

Oh dah ada rupanya
First haterz komen pasal tok ti copy yuna
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2019 05:09 PM | Show all posts
wow mantap CT bakalan duet dgn K pop
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 06:09 PM | Show all posts
Masa event ni sorakan yang tokti terima boleh tahan ya.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Sampai presiden korea turun.. This is proof that simplysiti bukan calang2.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 09:43 PM | Show all posts
eddysheddy replied at 15-3-2019 06:38 PM
Sampai presiden korea turun.. This is proof that simplysiti bukan calang2.

Tak da tok ti , Presiden tak turun kew
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 11:15 PM GMT+8 , Processed in 0.058087 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list