Berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya. Bukan semua orang mampu move on dari sebuah perpisahan dengan cepat dan mudah.
Dalam kemas kini terbaru di Instagram Storynya, Atikah Suhaime dilihat agak kecewa dan terkilan apabila menyarungkan beberapa busana pengangtin yang sepatutnya digayakan dalam majlis pada hujung minggu ini.
Nampaknya, ia akan mengambil masa untuk Atikah bangkit kembali dari kesedihannya itu.
Dalam masa sama, Atikah berterima kasih kepada bekas tunangnya, Awi Rafael kerana menjaganya dengan baik sepanjang mengikat tali pertunangan.
Dia juga berharap agar perhubungan persahabatan antara mereka tidak akan putus.
Kredit foto: IG Atikah Suhaime
Nak buat macam mana lagi, terpaksa reda sajalah apabila hajat tidak kesampaian. Apapun, semoga Atikah kuat menghadapi dugaan yang melanda. - CARI |