Fesyen dengan Rozita Che Wan mana boleh nak dipisahkan.
Sentiasa bergaya ke mana-mana, memang susah nak lawan kejelitaan aktres ini.
Foto: IG
Setiap baju yang digayakan pastinya akan menjadi perhatian. Kalau salah gaya pun mestilah akan menjadi bualan orang.
Baru-baru ini gambarnya memakai skirt warna hijau menjadi bahan lawak netizen.
Dah macam kubis bergerak kata mereka. Amboi mulut!
Di ruangan komen ramai yang keliru. Sekali tengok macam daun pisang pun ada juga. Dua kali tengok baru nampak skirt.
Apa pun gurau-gurau sahaja. Yang penting Che Ta tetaplah meletop! -CARI
|