Tidak dapat dinafikan yang kawan-kawan memberikan pengaruh yang sangat kuat dalam kehidupan harian kita terutama sekali pada peringkat umur remaja. Tersilap pilih kawan, buruk akibatnya apatah lagi jika individu tersebut merupakan seorang yang mudah terpengaruh dan terikut-ikut.
Menyedari hakikat itu pelakon dan bekas ahli kumpulan Elite, Abby Abadi cuba memberi peringatan kepada anak gadisnya yang akan kepentingan memilih kawan.
Abby mengemas kini akaun Instagram miliknya semalam dengan memuat naik gambar anak gadisnya, Dania sambil menitipkan pesan yang panjang lebar di ruangan kapsyen gambar tersebut.
Anak dah besar, sudah pandai melawa. Tetapi, kena mula memilih kawan..
Kredit foto : Ig Abby Abadi
Menerusi posting Abby yang dituju khas buat si gadis yang menginjak ke usia 14 tahun itu, memilih kawan yang baik adalah perlu.
Kredit foto : Ig Abby Abadi
Abby turut menyelitkan potongan hadis dalam kepentingan memilih kawan..
Kredit foto: Ig Abby Abadi
"Berfikir dahulu sebelum membuat apa-apa perkara," pesan Abby lagi.
Kredit foto: Ig Abby Abadi
Ramai yang bersetuju dengan Abby dan mengakui yang pemilihan kawan adalah sangat penting dalam menentukan hala tuju hidup seseorang.
Kredit foto : Ig Abby Abadi
Kredit foto : Ig Abby Abadi
Betul tu Abby, anak-anak perlu sentiasa diingatkan lebih-lebih lagi ketika umur remaja. -CARI |