Akhirnya, buat anda yang menanti - nantikan video khas mengenai perkahwinan agak kontroversi iaitu perkahwinan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad ke - V dan isterinya, Oksana Voevodina, penantian anda kini sudah berakhir.
Sultan Muhammad ke - V telah melangsungkan perkahwinan secara tertutup dengan seorang bekas ratu cantik daripada Moscow pada November tahun lepas. Perkahwinan berunsurkan gabungan tradisi Melayu dan Rusia itu telah dilaksanakan secara gilang - gemilang di Dewan Barkhiva Moscow. Gambar sekitar perkahwinan itu tersebar di media sosial setelah ianya dikongsi oleh pengguna instagram bernama maxkoliberdin .
Majlis yang dihadiri teman-teman serta ahli keluarga itu memperlihatkan pasangan kerabat itu menggayakan satu persalinan gaun dan baju Melayu berwarna biru muda. Dikatakan juga tetamu dihidangkan dengan pelbagai hidangan istimewa dan minuman tidak mengandungi alkohol.
Jom kita saksikan sebuah video eksklusif mengenai perkahwinan Sultan Muhammad ke - V dan isterinya Oksana.
Twitter
Twitter
Video yang diiringi oleh lagu I Believe I can Fly itu ternyata meruntun hati bagi sesiapa yang melihatnya. Namun sehingga kini, masih tiada pernyataan rasmi dari pihak istana mengenai perkahwinan tersebut. Apa -apapun, rakyat Malaysia mendoakan yang terbaik untuk pasangan ini! - CARI
Post time 1-4-2019 06:31 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Si pengantin pompuan geram & frust agaknye tak dapat media coverage kat official/mainstream media Malaysia.Istana Negara & Istana Kelate pun krik krik je pasal her status.
Ape lagi, balas dedam guna kuasa socmed & viral la. Ni la penangan bini kokesen ratu cantek exgong.