Baru beberapa minggu lalu, kita mendengar khabar Britney Spears menangguhkan album dan konsertnya di Las Vegas. Kini, media Amerika Syarikat (AS) melaporkan penyanyi itu dimasukkan ke sebuah Pusat Rawatan Mental kerana mengalami tekanan melampau.
Kredit foto: Carian Google
Sumber memberitahu TMZ bahawa punca tekanan itu adalah kebimbangan Britney mengenai penyakit ayahnya yang semakin kritikal.
Ayahnya, Jamie Spears sudah menjalani dua pembedahan besar untuk merawat penyakit usus besar, tetapi pembedahan itu dikatakan berdepan beberapa komplikasi lain.
Kredit foto: Carian Google
Britney yang sanggup menangguhkan semua persembahannya dikatakan sangat tertekan dengan keadaan itu. Beliau sempat memuat naik status 'Saya perlukan masa untuk merawat minda, fizikal dan jiwa'.
Kredit foto: Carian Google
Britney dijangka akan mendapat rawatan di pusat itu selama 30 hari. Sehingga kini, semua harta benda Britney masih lagi di bawah jagaan ayahnya susulan perintah mahkamah pada tahun 2008.
Ini berikutan masalah mental yang sama dihadapinya pada tahun itu dan hampir memusnahkan seluruh hidupnya.
Kredit foto: Carian Google
Britney bernasib baik kerana ayahnya telah melaksanakan tanggungjawab sebaik mungkin dan menjadikan kehidupannya kembali normal. Kini, kebimbangan Britney ke atas kesihatan ayahnya pula memberi tekanan baru kepadanya.
Semoga Britney akan tabah menghadapi kemelut kesihatan ayahnya. Bertabahlah, Britney! - CARI |