Walaupun Hari Guru bakal disambut pada tanggal 16 Mei nanti, berbeza pula dengan cikgu-cikgu di Sekolah Kebangsaan Chini (2) yang menyambutnya sedikit awal berbanding sekolah yang lain. Namun bukan itu yang menjadi faktor menarik tetapi gaya cikgu sekolah yang masing masing sakan melaram dengan pakaian pengantin.
Selalunya kita dihidangkan dengan tema seperti 'Back to School' dan sebagainya, namun kali ini penyertaan serta sikap sporting dari para guru membuatkan tema baju pengantin bertambah meriah dan bermakna.
Antara busana yang dipakai oleh cikgu-cikgu. Cantik juga ya, seperti pengantin baru!
|