Baru-baru ini kecoh apabila seorang pembantu perubatan telah bertindak mencabul pesakit di dalam ambulans semasa dalam perjalanan ke hospital.
Lelaki tersebut tanpa rasa bersalah telah memasukkan jarinya ke dalam faraj gadis itu dan turut menjilat payu daranya. Jijik betul!
Selepas kejadian ini, terdapat seorang pengguna Twitter yang telah berkongsi kisahnya yang turut dicabul oleh jururawat lelaki suatu masa dahulu.
Kredit foto: Twitter
Bayangkan semasa muka gadis ini sedang berlumuran darah dengan kepalanya terkoyak, jururawat tersebut sanggup melakukan perbuatan terkutuk itu. Dengan keadaan seperti itu pun, dia masih lagi boleh bernafsu tidak senonoh.
Selepas berkongsi kisah ini, terdapat seorang gadis lain yang menghantar mesej peribadi kepada pengguna Twitter ini bagi berkongsi kisah sepupunya yang mengalami nasib yang sama.
Kredit foto: Twitter
Berkemungkinan besar jururawat ini adalah lelaki yang sama mencabul gadis yang pertama.
Yang memeranjatkan apabila rakan sekerjanya yang merupakan seorang wanita boleh gelak sama seperti tiada apa hal yang berlaku. Sepatutnya wanita menjaga dan membantu wanita lain yang berada dalam kesusahan.
Pun begitu, jururawat lelaki tersebut dikatakan telah diperhentikan secara paksaan dan mungkin payah untuk mendapar kerja yang lain.
Apa dosa wanita-wanita ini sehingga mereka diperlakukan seperti barang yang boleh dipegang sesuka hati? -CARI |