"Astaghfirullah hal 'azim. Apabila tak keluar televisyen, cakap begitulah. Saya aktif di media sosial. Kalau nak berunding, tiada follower, siapa yang nak beli."
Kredit foto: IG DSV
Jutawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman menafikan dirinya 'jatuh miskin' seperti didakwa ramai apabila melihat beliau kurang membuat kemunculan di kaca televisyen.
Memetik AWANI, beliau yang lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida turut dituduh berdepan kemelut kewangan sejak mata wang kripto LaVida Coin dilancarkannya dilanda krisis.
DSV yang menidakkan spekulasi ramai itu berkata, dia kini sedang menunggu rancangan baru untuk ditaja.
Kredit foto: MalaysiaKini
"Empat tahun asyik berebut mikrofon. Saya sekarang sedang tunggu kalau ada rancangan baharu. Bagilah rancangan apa nak taja, makan-makan ke," ujarnya seperti dipetik daripada AWANI.
Tidak serik dikritik mengenai nyanyiannya, DSV mendedahkan bakal melancarkan single baru berkonsepkan cinta selepas Aidilfitri.
Aduhai, apabila sering muncul di kaca TV, dikatanya bosan asyik muka sama. Bila tak muncul, dikatakan jatuh miskin pula. - CARI |