CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23674|Reply: 88

"Sanggup Fynn Jamal Siarkan Iklan Tak Patuh Syariah, Semuanya Sebab Duit!&q

[Copy link]
Post time 10-5-2019 11:58 AM | Show all posts |Read mode








Tidak lagi menghiraukan pendapat buruk netizen terhadapnya, Fynn Jamal lebih menumpukan usaha dakwahnya di media sosial Instagram. Antara yang dilakukan ialah berkongsi ilmu pengetahuan dengan pengikutnya serta membuka ruangan 'Ask' untuk dijawab secara terus. Persoalan mengenai puasa, hubungan kekeluargaan, anak angkat dijawab secara kemas oleh Fynn.



Namun ada juga soalan yang seakan meminta bala apabila bertanyakan tentang perkara yang diketahui memudaratkan seperti bercinta dengan suami orang dan sebagainya. Ini membuatkan Fynn memberi jawapan pendek tapi padu kepada mereka. Ramai yang bersetuju dengan jawapan terhadap soalan maut tersebut.


Tetapi, timbul isu apabila dalam masa sama, ibu kepada Juna dan Dedek ini seperti tidak konsisten dengan apa yang dimaksudkannya. Fynn tetap mengeluarkan iklan produk yang tidak patuh syariah dan membawa kemudaratan. Hal ini membuatkan mereka bertanya kewajaran pelantun lagu Arjuna Beta menyalahgunakan status sebagai 'influencer'.


Kredit foto: IG







Kredit foto: IG




Iklan yang dimaksudkan ialah memutihkan seluruh badan dengan mengamalkan produk makanan tambahan. Hal ini bertentangan dengan prinsip Fynn sendiri yang tidak mahu melawa kepada ajnabi. Ia dipersoalkan oleh segelintir netizen dengan kewajaran iklan ini. Namun jawapan Fynn menyelesaikan segala-galanya.



"Seperti kotak rokok tulis “merokok membawa mudarat”, jangan lah beli. I know you meant well. Me too. Apa yang orang tak nampak, gradually i am updating my terms in iklan2. Orang tak perasan pun dah banyak jenis iklan yang dah tak lepas kat IG ni. Ads diuruskan management, dia dah bayar— kita tokleh kensel kalau takda dlm terma dan syarat, nanti kena saman. Walau pun iklan setakat RM200, ada je sanggup nak bertekak sbb nak traffik kami. God knows berapa ramai yang terpaksa refund sebab i reject. Pelan2 la. sebab itu i make awareness, sebab i hope people listen. Rilek. semua benda tokleh main hembus je. Take time."



Menurut Fynn lagi, dia dalam usaha mengetatkan syarat pengiklanan dan di masa akan datang, perkara sebegini tidak akan berlaku lagi. Dengan penjelasan itu, netizen yang tadi mempersoalkan kewajaran iklan tersebut berpuas hati. Apatah lagi sebenarnya Fynn banyak memberi dorongan kepada anak-anak muda untuk berubah ke arah kebaikan menerusi jawapan di IG Story.



Kredit foto: IG Story



Kredit foto: IG






Kredit foto: IG Story



Manusia boleh berubah, asalkan ada kemahuan. Jadi, inisiatif Fynn harus dipuji kerana memberi perkongsian yang berguna kepada anak-anak muda di luar sana. Apa kata anda? - CARI


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2019 12:09 PM | Show all posts

siapa nak bagi makan jika semua nak patuh syariah ?
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2019 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebab itu 'fynn' dan 'spin' serasi bersama.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2019 12:15 PM | Show all posts
siapa management dia?
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2019 12:33 PM | Show all posts
Asdan replied at 10-5-2019 12:09 PM
siapa nak bagi makan jika semua nak patuh syariah ?

Allah bg makan.....

Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2019 12:36 PM | Show all posts
Gitu kokspin mendunia di bulan ramadan.
Saya 'spin' lagiiiiii, wang besar wang besar.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-5-2019 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Star_el replied at 10-5-2019 12:15 PM
siapa management dia?

Diri sendiri la tu rasanya. Saja bagi sembang kencang. Btw apa value gosip ni? Tolonggg lahh
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2019 12:38 PM | Show all posts
sape ajelah yang hadap nak
bersoal jawab dengan dia ni??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2019 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
I bet kokspin nih cita2 dulu tulis 3 kat dlm buku report salah satunya ialah pensyarah.
xdpt jd pensyarah btol2 kat uni, dia bebel je kat IG. and student2 dia bbnu yg obses kat dia tu laa hehe
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2019 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada qualification ke nak jwb soalan related to agama islam
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2019 12:42 PM | Show all posts
ehhh nape baby girl pakai tudung...janganlah
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2019 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Atata replied at 10-5-2019 12:38 PM
Diri sendiri la tu rasanya. Saja bagi sembang kencang. Btw apa value gosip ni? Tolonggg lahh

dia rindu nak ada thread sendiri & dihencap bertalu2 di cari ni... trigger la netizen sikit. spinjamal mmg xpenah berubah
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2019 01:03 PM | Show all posts
dia ni sembang x nak kalah..bila org tanya jawapan plak cam vavi.,kaki spin xyah cite r..org cite sedih dia pn nk cite sedih..eh eh kau...
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2019 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia pernah jadi lecturer lah kejap sblm keeja kat obersi dulu tu
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2019 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
seksanya la nampak dia pakai purdah tu. sampai mata pun nak nak tertutup dgn purdah tu.pakai je elok2 mcm org lain tak bole ke
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2019 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Asdan replied at 10-5-2019 04:42 AM
kalau nak ikutkan, dia bergambar pun tak patuh syariah, kerana ada hadis larang imej bernyawa, jad ...

sama macam salon muslimah. elok dah. tapi ada review dok tayang rambut. hairan aku tgk.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2019 02:38 PM | Show all posts
Halla si kepam ni..rimas betul tgk appearance macam tu.tak selari dengan perwatakan.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2019 02:48 PM | Show all posts
korang yang nak tanya pasal agama ni
kenapa tak tanya betul pada Ustaz atau orang yang layak
Fynn Jamal?

(tepuk dahi aku)
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2019 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni kalau tak tulis karangan panjang takleh ke? Ada masa ye dia menulis panjang2? Juna tu doplohpatjam ke ngadap tab? Maknya pun doplohpatjam ngadap hp
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2019 03:00 PM | Show all posts
depressi lakinya dah kebah ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 06:52 PM GMT+8 , Processed in 0.076398 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list