Kecoh seketika di media sosial apabila tular sebuah video menunjukkan seorang wanita berang kerana keretanya terpaksa ditarik.
Namun yang menjadi kekecohan apabila kelakuan yang agak 'melampau' telah berjaya dirakam apabila wanita tersebut bertindak menyembur ubat nyamuk terhadap ejen penarik kereta.
Rakaman berdurasi 30 saat itu memperlihatkan seorang lelaki berkopiah putih yang sedang bergelut dengan wanita tersebut di bahagian tempat duduk pemandu kenderaan Honda City tersebut.
Menurut perkongsian video oleh saudara Benjamin di Facebook, terdapat dua orang ejen penarik kereta yang ditugaskan untuk 'menarik' kereta kerana kegagalan wanita tersebut melunaskan hutang kenderaan.
Namun, disebabkan kedegilan empunya kenderaan, ejen tersebut terpaksa mengambil tindakan tegas.
Setelah bergelut selama beberapa minit, wanita tersebut bertindak menyembur ubat nyamuk kepada ejen tersebut lalu melarikan diri bersama kenderaannya.
Difahamkan, kereta tersebut telah menanggung hutang selama lima bulan, di mana kali terakhir pembayaran bulanan dibuat pada bulan Februari lalu.
Netizen yang melihat video tersebut rata-rata mengecam tindakan wanita tersebut yang dilihat tidak bertanggungjawab kerana tidak mahu membayar hutang dan melarikan diri. Ada juga yang mengkritik tindakan ejen penarik kereta tersebut yang sepatutnya mengikut SOP dan tidak melakukan perkara berbahaya.
Jangan 'play victim'
Nak tarik kereta kena ada prosedur!
Macam-macam hal, mungkin ada cerita di sebalik perkara tersebut yang kita tidak tahu. Tambahan pula raya yang semakin menjelma ini. Apa pendapat anda? Patut atau tidak wanita tersebut berkelakuan sedemikian? - CARI
|