CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3933|Reply: 21

[Tempatan] Kanak-kanak cedera diserang beruk. Perhilitan akan rampas beruk yang menyerang P

[Copy link]
Post time 18-6-2019 10:32 PM | Show all posts |Read mode
Edited by lanesra at 19-6-2019 03:30 PM



TUMPAT: Seorang kanak-kanak cedera di kedua belah tangan dan kaki selain di kemaluan serta perut akibat digigit beruk ketika dalam perjalanan pulang dari majlis Aidilfitri di rumah jirannya semalam.

Dalam kejadian jam 6 petang di Kampung Teluk Renjuna di sini, Muhammad Putra Rafiqi Mohd Rozaidi, 9, diserang beruk jantan itu semasa dalam perjalanan pulang ke rumah bersama adik dan dua sepupunya.

Ibunya, Nik Fazilah Mohd Nawi, 37, berkata ketika itu beliau masih di rumah jiran kerana menghadiri majlis yang sama dan anak meminta izin untuk pulang terlebih dulu.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, haiwan terbabit yang berada di atas pokok, terus menerkam anak saya.

“Beruk itu terus menggigit seluruh tubuh anak dan dia hanya mampu menjerit meminta tolong, malah adik dan dua sepupunya tidak mampu berbuat apa-apa kerana tergamam.

“Anak saya terpaksa bergelut sebelum berjaya melepaskan diri,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, dalam keadaan berlumuran darah, Rafiqi terpaksa mengengsot ke rumah jiran untuk mendapatkan pertolongan.

“Saya kemudian keluar dari rumah dan hampir pengsan melihat keadaan anak yang cedera dan berdarah di kaki serta tangannya sebelum segera membawanya ke unit kecemasan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dengan menggunakan bot penambang.

“Beruk itu sudah diikat di pokok dan difahamkan pemiliknya tiada di rumah kerana pulang sementara ke negara asalnya di Thailand,” katanya

Menurutnya, anaknya kini dirawat di Wad Anggerik, HRPZ II dan akan dijangka akan menjalani pembedahan pagi esok.

“Doktor maklumkan kesan gigitan itu ada yang terkena pada urat sendi anak dan luka agak dalam. Saya harap kecederaannya tidak serius dan anak akan sembuh seperti biasa,” katanya.


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2019 10:54 PM | Show all posts
etis percaya tok nenek moyang depa berasai daripada beruk.....wakakakakakakakakakakkakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2019 12:08 AM | Show all posts
beruk belaan la ni..

tuan xde, lapar la kut..tu serang orang
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2019 12:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Cepat sihat ye nak.. kesiannya awak..
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2019 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Siannye huhu.. gws adik..
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2019 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Baso natam bewok
Tuan bewok pun basa bela tapi main tambat ikut dang
Tapi x tahulah baso kut budak2 lalu kut tepi rumah tuan bewok lalu acah2  main, pungga dgn batu lalu bewok pun panas hati ditokaknyalah
Bewok biasanya takkan memgganggu kecuali diprovokasi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-6-2019 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
boyagombak replied at 19-6-2019 01:38 PM
Baso natam bewok
Tuan bewok pun basa bela tapi main tambat ikut dang
Tapi x tahulah baso kut budak ...

Gapo namo rima mu kecek lagu ni.. tok pehe wehh

Ok tak.. asah skill kecek kelate..
teringat ore kelate kalu kecek suke benar keluar segala jenis binatang .. kalau boleh dia sebut semua.. kambing rima..
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2019 02:07 PM | Show all posts
Semoga cepat pulih dik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-6-2019 03:28 PM | Show all posts
Perhilitan akan rampas beruk serang kanak-kanak di Tumpat

KOTA BHARU, 19 Jun (Bernama) -- Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) akan merampas beruk milik seorang penduduk yang menyerang seorang kanak-kanak sehingga parah dalam kejadian di Kampung Teluk Renjuna, Tumpat, semalam.

Pengarah Perhilitan Kelantan, Ady Ermanty Haniff Mohamad Hanif berkata, tindakan itu adalah langkah permulaan untuk mengetahui sama ada penjagaan haiwan itu berlesen ataupun tidak.

Beliau berkata langkah itu juga bertujuan melihat tingkah laku haiwan berkenaan dan membuat siasatan mengapa hidupan liar itu bertindak sedemikian (kemungkinan agresif disebabkan sakit ataupun sudah berusia).

"Maklumat awal yang diperoleh mendapati beruk itu dipelihara untuk tujuan sara hidup. Namun begitu kami juga akan berjumpa dengan pemilik beruk itu dan syorkan apa-apa yang patut dilakukan selepas ini.

"Biasanya banyak faktor menyebabkan beruk ini menjadi agresif termasuk lapar, sudah berusia, tekanan ataupun diganggu (provokasi)," katanya kepada pemberita selepas melawat kanak-kanak berkenaan di Wad Anggerik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini, hari ini.

Dalam perkembangan sama, Ady Ermanty Haniff berkata pihaknya juga telah menyerahkan borang Tabung Wang Amanah Serangan Binatang Buas kepada keluarga mangsa.

Katanya Jabatan Perhilitan akan melakukan perjumpaan dengan pihak hospital bagi mendapatkan laporan berkaitan kecederaan mangsa sebelum borang itu diajukan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

"Berkaitan kes seperti ini, pihak jabatan mengesyorkan kepada mana-mana pemilik hidupan liar yang mana mereka mungkin tidak lagi ingin memelihara hidupan liar tersebut, supaya jangan bertindak melepaskannya sendiri ataupun mengurungnya.

"Kita syorkan agar haiwan ini diserahkan kepada jabatan untuk tindakan selanjutnya supaya tidak berlaku kejadian yang tidak diingini," katanya.

Beliau berkata buat masa ini, pindaan mengenai Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) sedang dipinda yang mana akan ada seksyen baharu iaitu pemilik hidupan liar berlesen perlu bertanggungjawab terhadap hidupan liar yang dipelihara agar tidak berada berhampiran dengan kediaman manusia dan sekiranya tidak lagi berminat untuk memelihara, maka perlu diserahkan kepada pihak Jabatan Perhilitan.

Dalam kejadian pukul 6 petang semalam, mangsa, Muhammad Putra Rafiqi Mohd Rozaidi, 9, cedera parah di kedua-dua belah tangan dan kaki, berhampiran kemaluan dan perut akibat diserang beruk di Kampung Teluk Renjuna di Tumpat.

Kejadian berlaku ketika mangsa bersama dua sepupunya dalam perjalanan pulang ke rumah selepas berhari raya di rumah jiran berdekatan.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2019 04:49 PM | Show all posts
mak pak budak ni disyorkan buat aduan serangan binatang buas kt perhilirtan
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2019 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya adik ni.

Harap takde kecederaan serius dan cepat cepat kembali sembuh dan ceria semula.  Aamiin.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2019 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
ala kesiannya kena serang beruk
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2019 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat rafiki lion king.... sama nama dgn awak dik. Pegi hospital naik bot penambang, teringat plak cite p ramlee.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2019 02:05 AM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 20-6-2019 10:14 AM
JohnnyCastle replied at 18-6-2019 06:54 AM
etis percaya tok nenek moyang depa berasai daripada beruk.....wakakakakakakakakakakkakakaka

Pandai lobai gayporn ni! Tapi etis dah transform sepenuhnya menjadi manusia Sebab itu mereka cerdik pandai IQ tinggi! manakala lobai gayporn masih lagi dalam transformasi menjadi manusia sepenuhnya... Sebab itu lobai gayporn masih bodoh dan ber iq rendah seperti beruk!
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2019 02:17 AM | Show all posts

Kesian beruk yang tak bersalah.

Ni mesti budak tu pergi mengusik beruk yang tgh rilex rilex. Jbt perilitan jangan pulak pepandai bunuh beruk ini ya. Sila tunggu tuan beruk balik dulu.

Pengajaran kpd budak budak nakal.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2019 08:44 AM | Show all posts
kesiannya bdk tu jd mangsa gara2 beruk tu tgh lapar..
tn kg balik tp beruk dibiarkan kelaparan.menganiaya binatang.
mudah2an bdk tu cpt sembuh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2019 09:29 AM | Show all posts
beruk ni kan ganas, baik monyet.. beruk ni nampak perempuan pon kejar
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2019 09:34 AM | Show all posts
lasagnaklcc replied at 20-6-2019 06:12 PM
Teringat rafiki lion king.... sama nama dgn awak dik. Pegi hospital naik bot penambang, teringat pla ...

Huhuhu betul. Mmg nama sama
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2019 09:55 AM | Show all posts
boyagombak replied at 19-6-2019 01:38 PM
Baso natam bewok
Tuan bewok pun basa bela tapi main tambat ikut dang
Tapi x tahulah baso kut budak ...

kenapa beruk tu blh gigit kemaluan?

iols pun rasa beruk nie di provoke..
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2019 10:09 AM | Show all posts
beruk besar..tambah pula diguna utk kerja.panjat kelapa..memang kuat le..monyet pun kita takut
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 08:50 PM GMT+8 , Processed in 0.057161 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list