Ramai warganet memberikan reaksi berhubung kes pelajar perempuan dirotan guru di salah sebuah sekolah di Johor.
Terbaru, menerusi laman maya, seorang warganet berkongsi pengalaman bapanya yang pernah bekerja sebagai guru disiplin.
Dikenali sebagai Cheryn6, katanya banyak yang telah dilalui oleh bapanya termasuk sikap pelajar yang kurang ajar dan sukar dikawal.
Kredit foto: Twitter Cheryn6
Namun, tidak pula bapanya cepat melatah malah menyelesaikan masalah tersebut tanpa sebarang kekerasan.
“How time flies. Abah aku dulu cikgu disiplin. Ada budak conteng dinding toilet, panggil dia macam-macam.
“Dia tak melatah. Cuma dia panggil budak tu, suruh dia tulis benda yang sama tapi mak bapak dia,” katanya.
Katanya lagi, ibu bapa tetap tidak berpuas hati dengan hukuman yang diberikan ke atas anak mereka itu.
“Mak bapak datang mengamuk. Abah brought them for a tour to the toilet.
“Ini hasil anak puan. Yang sebelah kanan, yang dia tulis nama saya. Mungkin anak puan rasa ia menarik. Jadi saya minta dia tulis untuk mak bapak pulak,” terangnya.
Katanya lagi, kekerasan bukanlah jalan terbaik sebaliknya memberikan hukuman dalam bentuk pengajaran agar mereka ini insaf.
“Biar budak ni cat balik semua tandas kat sekolah ni, encik. Tak guna kita belasah dia kalau dia tak belajar.”
Ramai warganet memuji tindakan bapa kepada Cheryn6 ini. Apa pula kata anda? - CARI |