Orang yang ada masalah berat badan akan tahu betapa susahnya nak menguruskan badan dan sihat. Nak bersenam, diet dan amalkan gaya hidup sihat bukan mudah, perlukan sokongan moral daripada orang sekeliling.
Begitulah yang dilakukan sebuah keluarga di China yang bosan dengan gaya hidup mereka yang tidak sihat sampai semuanya gemuk. Jadi, mereka buat keputusan untuk bersenam bersama-sama sampai semuanya jadi kurus, fit, sado dan lawa.
Amalan hidup gaya sihat itu juga bukan sahaja membuatkan mereka menjadi lebih sihat, tetapi juga menyebabkan si ayah hilang ketagihan arak dan kembali bersemangat meneruskan gaya hidup sihat.
FOTO: DINGJESSE
Pada mulanya, mereka hanya berjalan sebelum berjoging. Kemudian mereka mula masuk gym untuk bina otot.
SI AYAH MULA MASUK GYM
FOTO: DINGJESSE
Hasilnya, seperti gambar di bawah. Fit, sado dan yang pastinya sihat!
PERBEZAAN KETARA TUBUH AYAH DAN IBU SELEPAS ENAM BULAN BERSENAM
FOTO: DINGJESSE
TRANSFORMASI ANAK DAN AYAH SELEPAS ENAM BULAN
FOTO: DINGJESSE
SADO TAK ANAK DAN AYAH?
FOTO: DINGJESSE
Jadi, boleh dah kalau ajak satu keluarga mula bersenam dan amalkan gaya hidup sihat seperti mereka! - CARI |