Menurut Berita Harian, seorang tukang besi berusia 26 tahun telah didakwa atas tuduhan menumbuk isterinya ketika mereka berada dalam sebuah kereta pada 1 Julai lalu.
Pun begitu, Putra Aliff Aqhmal Pervira, telah pun bercerai dengan isterinya, 24, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan.
Kredit foto: Berita Harian
Lelaki itu memberi alasan bahawa dia bertindak sedemikian kerana berang dengan bekas isteri yang tidak membenarkan dia membawa bayi mereka berusia lapan bulan pulang ke kampungnya.
Para netizen yang membaca berita ini mengharapkan lelaki ini dikenakan tindakan yang sepatutnya jika benar dia bersalah.
Kredit foto: Twitter
Pun begitu, ada sesetengah netizen yang lebih memberi perhatian kepada wajah lelaki itu yang kelihatan tampan. Siap ada yang suruh berhati-hati dalam penjara nanti.
Kredit foto: Twitter
Tampan pun, kalau bersalah tetap bersalah ya -CARI |