CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32884|Reply: 182

"Peguam Sultan Sangat Celupar" - Oksana Tak Gentar Buat Ujian DNA

[Copy link]
Post time 26-7-2019 09:48 AM | Show all posts |Read mode
Tak habis habis! Kini, kecoh di media barat apbila tabloid luar negara, Daily Mail Entertainment melaporkan bekas isteri Sultan Muhammad V telah mengeluarkan kenyataan berbaur kekecewaan.

"Russian beauty queen challengee the ex-king of Malaysia to take a paternity test after he DISOWNED their 'son' and divorced her six months after relinquishing his throne to marry her" - Daily Mail Online








Isu Oksana yang sebelum ini diceraikan dengan talak tiga menurut peguam Sultan Muhammad V, Koh Tien Hua, kini dilihat semakin menegang apabila peguam tersebut telah mengeluarkan kenyataan bahawa tiada bukti biologi anak yang dilahirkan Rihana Oksana itu merupakan anak kandung Sultan Muhammad V.








'Peguam Sultan banyak cakap dan celupar' - Oksana


Menurut sahabat Oksana, Liliya Nastaeva, pihak mereka telah menzahirkan rasa kurang senang dengan sikap peguam yang mewakili Sultan Muhammad V yang 'terlalu banyak cakap, tidak profesional dan bermulut celupar'.



Menurutnya, peguam tersebut tidak patut lantang bersuara mengenai masalah peribadi Oksana kepada awam dan kini menuntut permohonan maaf daripada pihak sultan.



"Semua pihak yang rapat dengan Rihana termasuk ibu bapa, keluarga dan sahabat handai menuntut permohonan maaf daripada pihak sultan mengenai perkara peribadi itu.


"Jika dia (Sultan Muhammad V) ragu-ragu mengenai status kelahiran anak itu, Oksana bersedia untuk melakukannya. Saya tahu kerana saya orang terdekat dengan Rihana," kata Liliya Nastaeva.


Menurutnya lagi, jika Oksana menunjukkan rupa Ismail Leon kepada awam, pasti mereka akan mengatakan wajah dia (Leon) menyerupai Sultan Muhammadtanpa meraguinya.












Ketika ditanya sama ada Sultan pernah melihat Leon, Liliya yang juga salah seorang ratu cantik di Rusia bersama Oksana mengatakan; "Saya rasa saya tidak boleh bercakap mengenai perkara itu."


Manakala, wakil peguam Oksana, Evgeny Tarlo yang juga bekas senator Rusia berpendapat bahawa isu 'bapa biologi' itu sesuatu yang 'bodoh' dan 'penipuan' semata-mata. Beliau juga memberi kata putus bahawa perceraian itu tidak pernah terjadi dan sama sekali tidak mengetahui siapakah Koh Tien Hua itu.



Evgeny juga merasakan peguam yang kononnya dilantik Sultan Muhammad hanya sekadar berlakon dan meminta untuk menunjukkan bukti bahawa dia itu sememangnya seorang peguam yang benar."



"Untuk ujian DNA itu, seharusnya pihak Sultan Muhammad yang memberi bukti, bukan tanggungjawab Oksana untuk mempertahankan dirinya," ulasnya lagi.




Ibu Oksana, Lyudmila Gorbatemko dilaporkan tinggal bersama Oksana dan turut membantu menjaga Leon.
Foto: Daily Mail



Menurut laporan, Oksana kini tinggal bersama ibunya di Moscow bersama si kecil Leon yang kini berumur dua bulan. Manakala, ayah Oksana mengambil keputusan untuk berdiam diri dalam konflik ini.



Perkahwinan secara rahsia antara Oksana dan Sultan Muhammad V itu mencetuskan kontroversi apabila Sultan Muhammad mengambil keputusan untuk turun takhta daripada menjadi YDPA pada tahun lalu.



Rakyat Malaysia terutamanya tertumpu kepada berita perkahwinan ini selepas beberapa siri video seks di dalam kolam renang yang disertai Oksana dalam sebuah rancangan realiti TV.



Kemudian, ianya semakin memuncak apabila berita kelahiran Ismail Leon yang 'tidak diiktiraf' Sultan Muhammad V. Panas! - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2019 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Provokasi dri mak sultan la ni..game yg jelas ternyata
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2019 09:57 AM | Show all posts
harap oksana tak banyak cakaplah.. nanti tak pasal pasal kena saman plak .
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2019 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Lain kali cari la org yg berjenis sikit..
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2019 10:05 AM | Show all posts
nk tgok baby leon. tunjuk la.. bia netz tentukan btol ke x baby abe ..
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2019 10:06 AM | Show all posts
drama semakin rancak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-7-2019 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Geramnya......nak tengok baby tu. Mesti comel mcm patung
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2019 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by RumiMenari at 26-7-2019 10:17 AM

Tu sbb org tua2 pesan, time pantang jage betul2..bukan perkara main2 atau agak2 sihat je..jgn main socmed, hati n fikiran kene tenang sbb perlu lebih bonding dgn anak dan nak pulihkan semula tenaga dalaman..Ox dh ade dh tanda2 angin meroyan..kl dibiarkan memang boleh jd gila..

Akhir kate..cash la ko abe kene kejar dgn org giler..abe pun gilakan sgt dia kan sblm ni kan..gila dimana2..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2019 10:23 AM | Show all posts
gila talak ke gila meroyan?
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2019 10:28 AM | Show all posts
watpe DNA? minah russia ni x tau ke the power bawangs malaysia?? kitaorng lagi laju tau buat keje.. exbopren nama leon, anak pn nama leon... watdepak??
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2019 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Maybe ni semua drama mak dia. Kesian. Klau anak dah suka ppuan tu, just let them be. Let them live their life. Kita sebagai mak jgn masuk campur.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2019 10:32 AM | Show all posts
hurmm dh tak tau nk caya sapa. sini ckp lain sane ckp lain. yg penting sultan diam seribu bahasa tak berkutik.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2019 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau sah anak sultan pun you will never be the Queen..
Macam hostorical korean drama pula cerita perkahwinan SK ni.

Harap Hal rumah tangga tuanku tidak akan menggugat keselamatan negara pada masa akan datang..
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2019 10:36 AM | Show all posts
Mfzg89 replied at 26-7-2019 10:28 AM
watpe DNA? minah russia ni x tau ke the power bawangs malaysia?? kitaorng lagi laju tau buat keje..  ...

sbb tu abe syak kot...watdefak baby nama leon mcm ex bf

Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2019 10:36 AM | Show all posts
addooiiii jangan kerana puak puak ni... malaysia perang dengan rusia plak
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2019 10:36 AM | Show all posts
Menurutnya lagi, jika Oksana menunjukkan rupa Ismail Leon kepada awam, pasti mereka akan mengatakan wajah dia (Leon) menyerupai Sultan Muhammadtanpa meraguinya.


Dahtu? Tunjuk la.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2019 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Tunjukla gambar leon kalau sama sangat dgn sk.. tutup la mulut netizen ni. Tu pun kalau sama la kan muka baby tu dengan sk
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2019 10:37 AM | Show all posts
da mcm drama ottoman sultanate
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2019 10:37 AM | Show all posts
kenapa ref surat tu PROJECT MARIGOLD?
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2019 10:48 AM | Show all posts
tak sabar nak tengok muka baby leon.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 08:30 AM GMT+8 , Processed in 0.065072 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list