Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Demikianlah perumpamaan yang layak diberikan kepada rakyat Malaysia yang menyalahgunakan visa pelancong mereka ke Australia dan sebaliknya mencari pekerjaan di sana.
Menurut laporan Jabatan Hal Ehwal Dalam Negeri Australia yang dipetik dari laman SBS News, rakyat Malaysia kini mendahului carta penyalahgunaan visa dengan jumlah 10,000 pada tahun 2016 dan 2017, mengatasi China (6,500) dan Amerika Syarikat (5,000). Jika diambil kira tahun-tahun sebelumnya, jumlah keseluruhan rakyat Malaysia yang tinggal secara haram si negara itu sudah mencecah 62,000! Wow, ramainya!
Kredit foto: backpackersdiaustralia
Tidak hairanlah rakyat negara kita kini sudah menjadi sasaran utama pihak imegresen Australia di pintu ketibaan lapangan terbang menyebabkan pelancong yang mahu datang secara sah turut mendapat tempias ditolak kerana disyaki mempunyai niat untuk bekerja secara haram.
Kredit foto: Ertikehidupan
Berikutan ramai kejadian backpackers sah kena reject oleh pihak Australia, seorang backpacker 'otai' di Facebook Backpackers Buddies Malaysia (BBM) bernama Firdaus A, telah berkongsi persediaan dokumen sebelum keberangkatan. Menurutnya, ketua boleh menyediakan salinan dokumen atau fail yang disimpan oleh setiap ahli rombongan. Ahli rombongan pula perlu mengetahui intipati dokumen itu dan tidak mengharapkan ketua sebagai 'kaunter pertanyaan'.
Kredit foto: Facebook BBM
Antara kandungan dokumen itu termasuklah;
1. Senarai Nama Peserta
2. Tujuan perjalanan
Kredit foto: Facebook BBM
3. Fotokopi tiket pergi-balik
4. Salinan pengesahan tempat menginap
Kredit foto: Facebook BBM
5. Salinan pengesahan kereta sewa
6. Draft itinerari
Kredit foto: Facebook BBM
7. Surat pengesahan bekerja dari majikan
8. Surat pengesahan bercuti dari majikan
Kredit foto: Facebook BBM
Kredit foto: Facebook BBM
9. Penyata bank setiap individu menunjukkan anda ada duit yang cukup untuk melancong
10. Kad perniagaan atau bukti menunjukkan anda mempunyai kerja yang bagus
Kredit foto: Facebook BBM
Menurut beliau lagi, dokumen itu pernah dipuji oleh seorang pegawai imigresen Australia dengan penuh kekaguman kerana ianya serba lengkap. Firdaus A juga menasihati semua travellers supaya sentiasa bersedia walaupun sudah 'otai'.
Sekalung terima kasih untuk perkongsian beliau. Semoga bermanfaat untuk pelancong sah yang benar-benar berniat untuk menikmati keindahan negara kangaru itu. - CARI |