|
View: 15497|Reply: 8
|
[Dunia]
Nyonya Kerepot Merenung Zaman Amoi ~ Nama Terpahat Di Kakilima Hollywood
[Copy link]
|
|
|
Edited by begg at 20-2-2026 11:11 PM
LOS ANGELES: Pelakon kelahiran Malaysia yang juga pemenang Anugerah Akademi (Oscar), Michelle Yeoh, terus melakar sejarah apabila dianugerahkan bintang di Hollywood Walk of Fame dalam kategori Filem (Motion Pictures) pada satu majlis gilang-gemilang, semalam.
Menurut laman rasmi Hollywood Walk of Fame, Yeoh menerima penghormatan tersebut sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan besarnya dalam industri perfileman antarabangsa sepanjang lebih tiga dekad penglibatannya sebagai anak seni.
Dalam ucapan penuh emosi, Yeoh mengimbas perjalanan hidupnya daripada seorang gadis kecil di Malaysia kepada bintang bertaraf dunia.
“Dulu saya hanyalah seorang gadis kecil dari Malaysia, duduk di bawah langit yang luas dan pandang bintang yang bersinar di langit. Waktu itu saya percaya saya boleh menjadi seperti bintang itu.
”Tak sangka bintang itu kini ada satu di tanah,” katanya seperti dilaporkan media tempatan.
Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan penghargaan kepada keluarga dan para peminat yang sentiasa menjadi tulang belakang kejayaannya.
“Kepada peminat di seluruh dunia, kepada keluarga iaitu abang saya dan isterinya yang membuat kejutan datang jauh dari Malaysia semalam. Suami saya yang tidak berada di sini kerana ada urusan di India serta keluarga Todt saya, terima kasih kerana memberikan saya kasih sayang dan menjadi pelabuhan selamat buat saya,” ujarnya.
Majlis berkenaan turut dihadiri pengarah filem, Ang Lee yang pernah bekerjasama dengannya menerusi filem Crouching Tiger, Hidden Dragon serta pengarah Crazy Rich Asians, Jon M. Chu.
Yeoh memulakan langkah di Hollywood menerusi filem Tomorrow Never Dies pada 1997 sebelum mencipta fenomena global melalui Crouching Tiger, Hidden Dragon pada 2000.
Namanya terus kukuh di persada antarabangsa menerusi pelbagai naskhah termasuk Memoirs of a Geisha, Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings serta filem yang membawanya meraih Oscar, Everything Everywhere All at Once.
Terdahulu, Yeoh dianugerahkan penghargaan Honorary Golden Bear bagi pencapaian seumur hidup di Festival Filem Antarabangsa Berlin 2026 (Berlinale). -UTUSAN |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
sayang nya dia takde anak...
kalau ada bisa bangga anak cucu tengok bintang walk of fame |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tahun ni dia puasa ke tak |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Rupa oriental malaysia mendunia... Melayu exotic bila lagi... Prolly perlu hot latina seperti sofia vergara... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Actually kan iols rasa dia berlakon pun kayu. Nak2 kalau movie Hollywood tu ckp english dia try hard sgt walaupun certain words dia nak sebut pun pelat. Sorry but not sorry. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Apa la panggil nenek kerepot.. dia masih cantik |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
What is the net worth of Michelle Yeoh?
According to Celebrity Net Worth, Michelle Yeoh's net worth in 2026 is $40 million. She has earned this major bank account balance through her work as an actress, in both Hollywood and the Hong Kong action film world.
2 Jan 2026
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
How much does Michelle Yeoh get paid?
Michelle Yeoh also received handsome salaries for many of her works which have boosted her net worth. According to StyleCaster, she was reportedly paid, USD 70,000 per episode for The Witcher: Blood Origin (2022), which amounts to USD 420,000 for six episodes.
14 Mar 2023 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ada satu event tu outfit dia punya la seksi.Dah macam kain buruk kedut seribu aset atas bawah.Ahahaha.Gigih nk menyeksi betul popo Ipoh nih
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|