CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10600|Reply: 5

[Politik] Menunjuk Ke Telinga Budak Lelaki : Saya PM 10 Tahun Sahaja

[Copy link]
Post time 21-2-2026 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by ^CUN_GILA~. at 21-2-2026 11:03 AM



BANTING: Had tempoh jawatan Perdana Menteri selama dua penggal atau 10 tahun akan bermula pada pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata, prinsip itu penting bagi memastikan pindaan yang dicadangkan tidak dilihat menyasarkan kepemim­pinan akan datang, sebaliknya bermula dengan kerajaan hari ini.

“Ya, bermula daripada saya lah. Maknanya jangan saya buat undang-undang untuk orang lain.

“Undang-undang itu mesti terpakai untuk saya dulu,” katanya ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Mas­jid Kampung Seri Cheeding di sini, semalam.

Anwar tiba di pekarangan mas­jid kira-kira pukul 1.30 te­ngah hari bagi menunaikan solat Jumaat bersama hampir 700 jemaah.

Beliau dan jemaah mende­ngar khutbah bertajuk ‘Menghidupkan Ramadan Dengan Ibadah Yang Berkualiti’ yang disampaikan oleh Imam Masjid Kampung Seri Cheeding, Zamhari Mohd. Darwi.

Sebelum ini, Jemaah Mente­ri bersetuju menetapkan had mak­simum 10 tahun atau dua penggal tempoh jawatan Perdana Menteri sebagai langkah memperkukuh tadbir urus negara dan keseimbangan kuasa da­lam pentadbiran.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, penggubalan undang-undang ter­­masuk pindaan Perlembaga­an Persekutuan akan dibentangkan di Parlimen pada sidang kali ini.

Perdana Menteri berkata, cadangan berkenan telah dibangkitkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri sebelum ini dan ia wajar disegerakan sekiranya memperoleh konsensus majoriti ahli Parlimen.

Katanya, tempoh 10 tahun adalah mencukupi bagi mana-mana pemimpin yang mahu berkhidmat secara ikhlas kepada negara untuk melaksanakan agenda dan tanggungjawab dengan sebaiknya.

“Saya ingat sesiapa yang mahu berkhidmat dengan ikhlas kepada negara, 10 tahun itu cukup memadai untuk dia lakukan sebaiknya.

“Selepas itu, wajar kita beri ruang kepada rakan-rakan lain meneruskan khidmat,” katanya.

Sumber gambar:
https://www.utusan.com.my/nasional/2026/02/had-pm-10-tahun-mula-dengan-saya-anwar/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2026 12:20 PM | Show all posts
Siapa yang layak menjadi pm selepas nuar brahim?
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2026 12:55 PM | Show all posts
Abahcow Jene Wibewe bole

Eddy Awe dia jer betol bole

Noosi sembang kencang bole

Hemzeh anak sabsidi minyak bole

Kemal pejuang Melayu bole
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2026 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia kata beri peluang pada rakan lain
Kire pak Zahid la calon PM ek?
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2026 02:09 PM | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 21-2-2026 12:20 PM
Siapa yang layak menjadi pm selepas nuar brahim?

macam tak ada ja dari muka2 yang kita kenal. anyway PM bukan kita yang pilih pun, geng2 depa juga yang tentukan undi UMNO dapat lah najib gitu.

Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2026 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 21-2-2026 12:20 PM
Siapa yang layak menjadi pm selepas nuar brahim?

Harapnya lepas pru16 nanti akan muncul presiden parti2 yg baharu yg boleh diharap utk bawa Malaysia ke hadapan. Antara nama2 yg aku harap naik:

Pkr: Akmal Nasir
Umno: Asyraf Wajdi
Pan: Muhammad Faiz Fadzil
Pas: Khairel Nizam
Dap: Syahredzan Johan

Selain tu, KJ & Shahrim Hamdan pun ok jugak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2026 05:02 PM GMT+8 , Processed in 1.897075 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list