Nga Kor Ming menurunkan tandatangannya pada gambar yang dipamerkan. Kredit foto: Twitter
Pelbagai spekulasi timbul dalam kalangan netizen selepas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming memuat naik status berhubung pengorbanan mendiang datuknya semasa Perang Dunia Kedua.
Memetik ciapan Twitter pada 16 Ogos itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan menjelaskan bahawa mendiang datuknya dan datuk kepada Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh merupakan bekas perajurit yang mempertahankan negara semasa perang tersebut.
"Bila Jepun menjajahi tanahair kita, mereka yang berkorban mempertahankan kedaulatan negara adalah wira dan wirawati, sumbangan mereka wajib diberi penghargaan," katanya.
">
Walau bagaimanapun, netizen membangkitkan beberapa persoalan kerana Kor Ming tidak menyatakan dengan jelas maklumat mengenai pasukan keselamatan yang disertai datuknya semasa era pendudukan Jepun di Tanah Melayu.
Pengerusi DAP Perak itu turut memuat naik gambar beliau sedang berucap dengan berlatarkan bendera China serta Jepun dan satu lagi bendera negara yang tidak dapat dikenal pasti.
Nga Kor Ming berucap dalam satu majlis dengan berlatarkan bendera China, Jepun dan satu lagi bendera negara yang tidak dapat dikenal pasti. Kredit foto: Twitter
Beliau juga menurunkan tandatangan pada sekeping gambar yang dipamerkan, dipercayai mendiang datuknya.
Seorang pengguna Facebook yang bernama Megat Hisemudin Megat Kassim mendakwa, pejuang-pejuang yang dimaksudkan oleh Kor Ming itu mungkin anggota-anggota Malayan Peoples' Anti-Japanese Army (MPAJA).
Anggota-anggota gerila MPAJA yang turut berjuang menentang tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Kredit foto: Carian Google
Dia membuat andaian itu berdasarkan fakta sejarah yang menyatakan MPAJA yang menerima sokongan British dari segi logistik dan latihan untuk memainkan peranan sebagai pasukan gerila menentang tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua.
"Ini kerana perang menentang Jepun telah tamat dan MBA mahukan MPAJA dilucutkan senjata. Namun MPAJA enggan tunduk kepada British lalu kembali masuk ke hutan bagi menentang British pula yang akhirnya membentuk Parti Komunis Malaya (PKM)," jelasnya.
Kredit foto: Facebook
Para netizen juga mempunyai pandangan masing-masing berhubung mendiang datuk Kor Ming dan peranannya semasa Perang Dunia Kedua.
Kredit foto: Twitter
Sebaik-baiknya Kor Ming memberi penjelasan tentang identiti sebenar datuknya agar segala spekulasi dapat dihentikan. - CARI |