Minggu lepas, berita perceraian pelakon Sharnaaz Ahmad dan isterinya, Noor Nabila menjadi tumpuan warganet.
Pelakon yang terkenal dengan "sikap suka cari gaduh" itu bagaimanapun masih berahsia tentang punca perceraiannya. Ada warganet yang bersimpati, ada juga yang sebaliknya.
Wak o Wak...Foto: Instagram
Tetapi, dalam ramai-ramai yang mengulas berita perceraian itu, komen selebriti Wak Doyok di Twitter terhadap berita itu paling menarik perhatian.
Di Twitternya, Wak Doyok menulis pendek "LOL" terhadap ciapan Astro Awani yang melaporkan berita perceraian berkenaan.
Lol? Foto: Twitter
Tindakan Wak Doyok itu menimbulkan persoalan, sama ada dia meluahkan simpati atau menggelakkan Sharnaaz sebenarnya?
Tahu tak maksud Lol? Foto: Twitter
Makna sebenar LOL masih mengelirukan ramai orang. Ada yang memahaminya sebagai "Laugh Out Loud", ada juga yang ingat maknanya "Lots of Love".
Walaupun begitu, makna rasmi LOL dalam[url=https://web.archive.org/web/20110401061539/http://articles.cnn.com/2011-03-25/living/oxford.new.words_1_new-words-oxford-english-dictionary-usage?_s=PMIVING]kamus Oxford[/url] adalah sebenarnya "Laugh Out Loud".
Jadi, Wak Doyok ni sebenarnya gelak atau simpati terhadap nasib menimpa aktor terbabit?
Patut ke kita 'lol-kan' dia juga? - CARI |