Seorang veteran yang pernah berjuang ketika Perang Dunia Kedua akhirnya berkahwin dengan lelaki idamannya selepas lebih 60 tahun menyembunyikan seksualitinya.
Kredit foto: The Sun
George Montague, 96, yang pernah berkhidmat dengan Tentera Udara sebelum ini pernah berkahwin dengan seorang wanita dan memiliki tiga cahaya mata.
Lebih 60 tahun 'bersembunyi', Montague akhirnya berani mengakui dirinya seorang gay.
Montague ada tiga anak bersama bekas isterinya, Vera
Kredit foto: The Sun
Katanya, dia sebelum ini tidak berani mengakuinya kerana takut ditangkap dan mengecewakan ibunya.
Menurut The Star, Montague berasal dari Brighton kini dengan bangga menggelar dirinya sebagai 'gay paling tua di kampungnya' yang mengahwini pasangan songsangnya yang jauh lebih muda, Somchai, 50.
Kredit foto: The Sun
"Sepanjang hidup ini, saya telah banyak menghabiskan masa dengan bersembunyi. Kini, saya rasa seperti nak menjerit, biar seluruh dunia tahu!" katanya.
Kredit foto: The Sun
Aduhai Atok, usia dah hampir seabad pun ada nafsu lagi ke? Usia dan jantina bukan penghalang cinta gamaknya.
Kasihan bekas isterinya, berpuluh tahun berkongsi hidup dengan lelaki gay rupanya. - CARI |