Situasi jerebu memang membimbangkan banyak pihak, sampai sekolah terpaksa ditutup dan jumlah orang sakit mata meningkat mendadak.
Tetapi, wujud pula isu apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang dikeluarkan kerajaan rendah, tetapi rakyat masih dapat melihat jerebu yang buruk di luar. Seolah-olah bacaan IPU itu tidak menggambarkan keadaan sebenar yang berlaku. Misalnya, di Singapura beberapa kawasan berada dalam zon merah, tetapi bacaan IPU di Johor pula sudah berada dalam tahap tidak berapa membimbangkan. Sedangkan, ia hanyalah sekangkang kera.
Bukan jauh sangat, tetapi kenapa berbeza? Foto: Twitter
Situasi ini menimbulkan cakap-cakap warganet yang mempersoalkan ketepatan bacaan IPU dikeluarkan kerajaan. Betul ke?
Betul ke IPU ni? Foto: Twitter
Ada juga yang menyertakan alternatif bacaan lain yang menunjukkan bacaan kualiti udara memang lebih buruk berbanding yang dikeluarkan kerajaan.
Kenapa berbeza? Foto: Twitter
Ada juga warganet yang memberikan penjelasan bahawa IPU ini dibaca 24 jam sekali, maksudnya bacaan dikeluarkan pagi ini sebenarnya dibaca semalam, menyebabkan perubahan itu lambat diumumkan.
Warganet Persoal Bacaan IPU Rendah, Tetapi Jerebu Nampak Makin Teruk
Tetapi, ada juga yang berkata indeks penglihatan ini bergantung kepada banyak faktor, bukannya jerebu semata-mata. Ia juga boleh disebabkan faktor kelembapan udara.
Apa situasi jerebu di tempat anda? Masih buruk atau sudah boleh nampak langit biru? - CARI |