Kemunculan sekeping gambar wanita yang didakwa isteri kepada Tajul Ariff kini hamil menguatkan lagi dakwaan ramai bahawa penyanyi itu sudah berkahwin.
Kredit foto: mStar/Iluminasi
Tajul Ariff Noor Md Shari, 21, bagaimanapun tetap dengan pendiriannya untuk mengunci mulut mengenai hal itu.
Menurut mStar, penyanyi itu akan mengadakan sebuah sidang media dalam masa terdekat bagi menjawab segala persoalan netizen mengenai status perhubungannya.
Menurut portal berkenaan, pihaknya menerima sekeping foto daripada pembaca pada Isnin mengenai wanita yang didakwa isteri Tajul kini sedang hamil.
Kredit foto:
Tegas Tajul, dia tiada niat merahsiakan sebarang perkara, namun menjelaskan akan berkongsi pada umum apabila tiba masanya.
"Insha-Allah, saya akan adakan sidang media untuk menjelaskan apa yang menjadi tanda tanya selama ini. Bukan niat saya nak sork atau rahsiakan daripada sesiapa.
"Segala persoalan itu bukan hanya saya seorang sahaja, tapi ia melibatkan banyak pihak dan saya kena menjaga hati semua pihak," ujarnya.
Jun tahun lalu, dunia hiburan kecoh apabila Tajul kononnya dikatakan mengaku sudah berkahwin dengan wanita dikenali sebagai Nurul Syamieza Eddie, namun dinafikan Tajuk sendiri.
Tajul sebaliknya mendakwa kenyataan itu dikeluarkan tanpa sengaja dan meminta orang ramai agar tidak salah faham.
Kalau gambar tu tak tersebar, sampai bila agaknya Tajul nak tutup mulut ya? - CARI |