"Jangan selesa sangat anak tu pandai sebab gajet."
Wawa Zainal nampaknya kurang senang apabila ada warganet yang memberi komen berlagak pandai mengenai isu anak sulongnya, Attar, 6 yang mengalami masalah pertuturan (speech delay). Komen yang menyalahkan ibu bapa sebagai punca kerana tidak memantau anak ketika menggunakan gajet seolah-olah menuduh Wawa tidak bijak menjaga anak
Dengan membuat perbandingan anaknya yang berusia setahun tetapi sudah pandai ABC serta fasih bercakap membuatkan Wawa berasa kecewa dengan sikap segelintir warganet. Lantara itu, Wawa turut menasihatkan ibu bapa ini tidak berasa selesa kerana Attar juga begitu ketika seusianya.
Kredit foto: IG
Menurut Wawa, apa yang ditulis oleh ibu tersebut mengenai anaknya yang berusia setahun sudah dialaminya ketika Attar masih kecil. Bukan sahaja tahu, siap hafal lagi ABC, alif ba ta, nombor, warna dan macam-macam lagi, tapi masalah 'speech delay' bukan kerana itu semata-mata.
Jadi, menceritakan pengalamannya adalah kerana mahu berkongsi dengan pengikut yang mahu bertanya. Serta saranannya supaya ibu bapa mengurangkan gajet terhadap anak-anak patut disambut baik, bukannya diperli-perli.
IG
Sebanyak dua lampiran yang disertakan Wawa mengenai tulisan ibu yang seolah-olah menyalahkannya.
Bagaimanapun, ramai pengikut Wawa memintanya supaya tidak mempedulikan tulisan-tulisan yang tidak membina tersebut sebaliknya terus berkongsi mengenai kemajuan Attar yang telah dihantar ke pusat terapi pertuturan.
Begitulah, ibarat ketam mengajar anaknya berjalan betul, mungkin begitulah yang diibaratkan kepada ibu bapa sebegini yang suka menyalahkan orang lain tentang sesuatu masalah. Mungkin ianya belum terkena dengan diri masing-masing, bolehlah cakap begitu begini? Untuk Wawa, teruskan berkongsi, masih ramai yang tidak tahu mengenai kaitan pengaruh gajet dengan masalah pertuturan dalam kalangan kanak-kanak. - CARI
|