CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 9618|Reply: 61

'Saya Masih Tertanya-tanya Punca Diceraikan' - Rihana Petra Jawab 10 Soalan Ini

[Copy link]
Post time 4-10-2019 11:02 AM | Show all posts |Read mode
Setelah lama memberikan bayangan akan mendedahkan kisah sebenar di sebalik perkahwinannya dengan Tengku Muhammad V Faris Petra, akhirnya Rihana Oksana Petra memenuhi permintaan wartawan untuk ditemu bual.





Kredit foto: DailyMail UK





Dalam temu bual dengan akhbar Dailymail UK itu, Rihanna menjawab 10 soalan berkaitan perkahwinan, perceraian, anak dan perancangan masa depannya.


Berikut adalah 10 soalan yang dijawab Rihana dalam temu bual itu;


1. Bagaimana sambutan perkahwinan kamu berdua?


Ianya seperti kisah dongeng. Saya selalu mengimpikan perkahwinan yang indah dan suami saya mengabulkannya. Semasa sambutan yang meriah itu, sebenarnya kami sudah berkahwin dalam upacara mengikut agama Islam yang dipraktikkan di Malaysia. Jad,i majlis itu hanyalah sambutan meraikan kawan-kawan kami dan keluarga saya.




2. Apakah punca keretakkan perkahwinan kamu berdua?


Apabila Baginda kembali ke negaranya pada Disember, sebenarnya saya tidak tahu apa yang akan berlaku. Kerana masa itu semuanya okey dan kami sedang bergembira menantikan kelahiran anak kami, jadi sampai sekarang saya masih tertanya-tanya puncanya.


3. Bila kamu tahu bahawa kamu sudah diceraikan?


Saya sudah tidak berhubungan secara langsung dengan suami saya sejak Disember lalu. Jadi saya tidak ada peluang langsung untuk berbincang dan bertanyakan. Saya cuba hubungi kawan-kawan Baginda, kerabatnya, tapi usaha saya gagal.




4.  Beritahu kami mengenai anak lelaki kamu, Leon.


Dia sangat sihat, dia membesar dengan cepat. Pada umurnya sekarang, dia sangat aktif, merangkak dan ketawa. Dia kelihatan seperti ayahnya, seperti bayi keturunan Asia. Saya sangat menyayanginya, dan saya sangat bangga dengan anak saya.




5. Adakah kamu pernah diarahkan untuk membuat ujian DNA ke atas anak kamu?


Saya bersedia menjalani ujian DNA untuk membuktikan Leon anak suami saya, lahir dari perkahwinan dan sememangnya dirancang. Setakat ini, hanya saya yang boleh melindungi anak saya dari semua unsur negatif.




6. Bagaimana kamu menanggung diri sendiri dan Leon sekarang dari segi kewangan?


Sehingga kini, saya menanggung anak saya sendiri. Saya masih cuti bersalin, jadi tidak ada peluang untuk bekerja sepenuh masa. Tetapi, sebenarnya semasa masih mengandung pun saya masih mengambil beberapa projek sebagai seorang model.


Saya juga merancang untuk memulakan akaun YouTube untuk menunjukkan kepada orang ramai bagaimana saya membesarkan anak saya kelak.




7. Ada apa-apa yang kamu kesalkan?


Tidak ada apa-apa yang saya kesalkan. Anak saya banyak memberikan kekuatan kepada saya untuk teruskan kehidupan.




8. Adakah benar suami kamu melepaskah takhta demi kamu?


Tidak. Saya rasa bukan kerana saya.




9. Bolehkah kamu berikan sedikit maklumat mengenai kenyataan (Istana) yang dikongsikan di media sosial?


Saya tidak rasa kenyataan mengenai 'penipuan dan tuduhan' itu ditujukan kepada saya. Mengenai kekesalan Faris, kami masing-masing ada common sense, dan perlu selesaikan isu bersama demi masa depan.



10. Adakah kamu mahu memberikan apa-apa pesanan untuk bekas suami?


Bangunlah, kamu ada anak lelaki, kamu kini seorang bapa, kamu kerabat Diraja. Walau apapun yang berlaku kepada perkahwinan kita, saya mahu anak saya mempunyai ibu bapa dan fikirlah apa yang anak kamu akan rasakan apabila dia melihat mesej ini kemudian hari, katanya.




  



Walaupun pelbagai spekulasi ditimbulkan, nampaknya Rihana sendiri mengakui beliau turut berada dalam keadaan samar-samar terutama mengenai punca perceraian mereka.


Walau apapun, doakan yang terbaik untuk beliau dan anaknya yang masih kecil, Leon supaya mendapat pembelaan sewajarnya. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2019 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila nak berakhir kemelut ni?
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2019 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Rambut pjg, muka pjg, kaki pjg, tangan pjg...
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2019 11:41 AM | Show all posts
hujan emas dinegeri org, hujan batu dinegeri sendiri, hujan air juga yg bagus
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2019 11:43 AM | Show all posts
tuhla..nampak tinggi melangit
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2019 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Macam gantung tak bertali takde bg kata putus ke apa tu yg dia meroyan tuh. Contact pun tak mmg kira dah lari walaupun cerai dari jarak jauh. Tp kalau jumpa ni mesti ada benda lain yg dia nak tu tuntut pulak so tak payahla
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-10-2019 12:24 PM | Show all posts
Kalau betul dia tak bersalah kena perlu gunakan media social untuk selesaikan masaalah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2019 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebenarnya kesian juga dia ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2019 12:34 PM | Show all posts
sebagai a woman, i kesian dia. she was left without reason
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2019 12:41 PM | Show all posts
Artemesiaa replied at 4-10-2019 12:24 PM
Kalau betul dia tak bersalah kena perlu gunakan media social untuk selesaikan masaalah

Sebab pihak yg satu lagi tu tak membalas telefon walau dah dicuba berkali kali
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2019 01:18 PM | Show all posts
dia berani sampai tahap ni mesti backup kuat ni.
u jgn main2 dengan russian.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2019 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian kalau betul dia kena tinggal mcm tu saja tanpa penjelasan. Tak kisah lah apa punca penceraian tapi lepas lah elok2. Jaga hubungan sesama manusia. Bukan mcm bela kucing masa suka bawa balik rumah pelihara, dah bosan gi campak kat kedai mamak.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2019 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
aku sokong... bertindaklah sbg lelaki!
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2019 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
julielapadite: dia berani sampai tahap ni mesti backup kuat ni.u jgn main2 dengan russian.

Putin bawak ketiak rosmah je
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2019 02:57 PM | Show all posts
kesian pulak aku kat si rihanna ni...

kot ye pun dia bersalah...face to face la...

paling kesian kat anak tu...
mcm filem hidustan la.....

Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2019 03:22 PM | Show all posts
"Saya sudah tidak berhubungan secara langsung dengan suami saya sejak Disember lalu. Jadi saya tidak ada peluang langsung untuk berbincang dan bertanyakan. Saya cuba hubungi kawan-kawan Baginda, kerabatnya, tapi usaha saya gagal."
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2019 03:23 PM | Show all posts
Edited by Mfzg89 at 4-10-2019 03:24 PM

jawapan nya senang je...dengan jantan2 mana dia tido sebelum kawin dgn Sultan.. bagi bangsa dia tido dgn jantan2 sebelum kawin hal biasa la.. dah kawin nk claim anak sultan plak.. nama anak plak sama dgn nama exbf..situ dah nampak..  huhuuuu..
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2019 03:58 PM | Show all posts
kok ye pon die slh sbb kantoi or whatesoever, be a man laa..amik cara elok,pulangkan cara elok..
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2019 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
So far ada x mana2 org biasa yg kawen dgn kerabat, Kemudian bercerai, tapi x dpt apa2? Rasa2 semua dapat pampasan kan?
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2019 04:22 PM | Show all posts
hahaha sultan yg zuhud laa sgt.. tak beradab tglkn isteri mcm tu je.. apa yg dia nk pon tak tau laaa. tgok adik dia, relax je kawin mat saleh.. takde pon tentangan.. ni mesti kes suka melawan.. rebel xsudah sampai dah berbini pon nak rebel lg
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 07:39 AM GMT+8 , Processed in 0.052473 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list