Kredit foto: Instagram Alif Johan
Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Anak kedua penggubah lagu popular, Allahyarham Johan Nawawi dan penyanyi Nora Ariffin, Muhd Syakir Alif mencuba nasib menyertai program realiti TV3, Mentor Milenia 2019.
Tuah menyebelahinya kerana tersenarai antara 20 calon protege program realiti itu yang akan mula bersiaran pada 6 Ooktober ini jam 9 malam.
Menurut Alif, penyertaannya dalam rancangan realiti itu demi menyambung legasi muzik keluarganya kerana percaya pada kemampuan dan bakat yang ada pada dirinya.
"Saya mahu mencari platform yang berkualiti untuk menonjolkan kemampuan yang saya ada dan belajar daripada kelima-lima Mentor selain ilmu daripada ibu dan arwah ayah saya.
"Niat untuk masuk Mentor Milenia 2019 pun demi menyambung legasi muzik keluarga memandangkan abang saya tidak berminat dan adik pula masih bersekolah. Saya selalu terfikir selepas ini kalau ibu sudah bersara, siapa yang akan menyambung nama Johan?" ujarnya memetik laporan Kosmo.
Kredit foto: Instagram Nora Ariffin
Alif turut menolak dakwaan bahawa beliau terpilih kerana pengaruh arwah bapa dan ibunya, sebaliknya berusaha dan melalui proses yang sama seperti peserta lain.
Kredit foto: Instagram Alif Johan
Beliau juga berazam untuk memperbaiki penampilannya serta membuat persediaan dari segi mental dan fizikal.
"Masuk Mentor Milenia, saya perlu utamakan juga soal penampilan. Saya nekad untuk kurus. Berat dahulu 130 kilogram (kg), sekarang 96 kg. Penampilan penting untuk mendapat tempat dalam industri ini," ujarnya lagi.
Kredit foto: Instagram Nora Ariffin
Semestinya jangkaan orang ramai terhadapnya tinggi kerana merupakan anak kepada penyanyi Nora Ariffin, 46, dan penggubah lagu yang disanjung ramai.
Selamat maju jaya Aliff! - CARI |