Lawak tentang bentuk fizikal seseorang ataupun 'body shaming' termasuk sebagai salah satu kategori buli. Memang tidak kelakar apabila seakan menghina bentuk fizikal orang lain apatah lagi di televisyen.
Kredit foto: Instagram Sherry Al - Hadad
Pelawak dan pengacara Nabil Ahmad nampaknya dikecam lagi apabila baru-baru ini menerusi program realiti Big Stage 2 telah bergurau "Aku dapat complaint stage berat sebelah" yang berunsurkan 'body shaming' terhadap pengacara Sherry Al- Hadad.
Nabil muncul bagi mempromosikan rancangan kendaliannya Gegar Vaganza musim keenam (GV6) itu yang akan bermula 13 Oktober nanti. Sempat juga dia 'bergurau' kasar tu.
Sekali lagi, tindakan pantas Alif Satar yang mengawal keadaan bertindak melindungi rakan pengacaranya itu dipuji netizen. Memang seorang lelaki budiman.
Rata-rata netizen menganggap perbuatan Nabil itu agak biadab. Benar kata netizen, dah boleh rasanya berhenti untuk membuat lawak berkaitan fizikal seseorang. Dah basilah lawak-lawak macam ini.
Bila sesuatu dah acap kali berlaku, perkara itu dah jadi sesuatu yang menjengkelkan bukan?
Budaya 'body shaming' ini sepatutnya tidak wujud. Hentikanlah lawak 'body shaming' yang tidak kelakar dan hanya menjatuhkan maruah orang lain. - CARI |