Aplikasi Hotlink RED tidak dapat digunakan sepanjang gangguan perkhidmatan berlaku. Kredit foto: Twitter
Sebahagian besar pelanggan Maxis dan Hotlink yang terjejas dengan gangguan perkhidmatan yang berlaku pada 7 Oktober meluahkan perasaan geram mereka dalam media sosial termasuk Twitter Maxis Listens dan Hotlink Listens.
Mereka menyatakan, perkara itu amat menyusahkan lebih-lebih lagi apabila ia mengambil masa lebih 12 jam sebelum perkhidmatan 4G benar-benar dapat dipulihkan.
Masalah gangguan perkhidmatan boleh mengganggu urusan seharian dan perniagaan. Kredit foto: Carian Google
Malah, seorang pelanggan Maxis mendakwa dia kehilangan kontrak perniagaan apabila terlewat tiba di lokasi yang dituju kerana sesat selepas perkhidmatan internet terputus semasa memandu.
"Bukankah lebih baik sekiranya anda dapat memaklumkan kami tentang perkara ini lebih awal?" katanya.
Kredit foto: Twitter
Seorang lagi pelanggan Maxis mencadangkan agar mereka diberi rebat dalam bil bulanan berikutan masalah teknikal yang dihadapi itu.
Kredit foto: Twitter
Agak menarik apabila seorang pelanggan bertanya kepada pegawai khidmat pelanggan Maxis tentang perkhidmatan internet yang digunakan kerana mereka masih boleh menjawab soalan pelanggan-pelanggan di Twitter sedangkan rangkaian Maxis sendiri bermasalah.
Kredit foto: Twitter
Pelanggan-pelanggan perkhidmatan prabayar pula meminta Hotlink menggantikan semula kuota data harian yang tidak dapat digunakan sepanjang gangguan berlaku.
Rata-rata mereka tidak berpuas hati dengan pendekatan yang digunakan oleh Hotlink untuk mengendalikan masalah tersebut iaitu sekadar meminta maaf tanpa memberi penyelesaian yang memuaskan hati pelanggan.
Kredit foto: Twitter
Memang menyusahkan apabila masalah gangguan perkhidmatan internet berlaku untuk satu tempoh yang agak panjang kerana ramai pelanggan yang bergantung kepadanya untuk urusan seharian dan perniagaan. - CARI |