CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3514|Reply: 24

"Pat Pat Siku Lipat Syoknya Kalau Dapat!"- Samsung Perkenal Telefon Li

[Copy link]
Post time 9-10-2019 02:16 PM | Show all posts |Read mode





Setelah Samsung melancarkan peranti flagship mereka Galaxy Note 10 baru-baru ini, syarikat elektronik gergasi dari Korea itu  nampaknya tidak berlengah lagi untuk memperkenalkan sebuah lagi telefon pintar yang mendahului zaman iaitu Samsung Galaxy Fold.



Ini merupakan pelancaran semula model telefon unik ini selepas telefon pintar  tersebut diperkenalkan pertengahan tahun ini sebelum Samsung bertindak menariknya semula dari pasaran  untuk memperbaiki segala kekurangan.









Dua keping skrin yang dicantum dan dihubungkan dengan engsel yang telah menjalani ujian buka-tutup  sebanyak 200 ribu  kali bagi menguji ketahanannya. Sumber Foto-Tech radar




Selaras sengan nama peranti tersebut, inovasi dan ciri utama yang terdapat pada telefon pintar tersebut adalah keupayaannya untuk berubah bentuk menjadi sebuah peranti menyerupai sebuah tablet dengan skrin gergasi  bersaiz 7.3 inci apabila lipatannya dibuka.





skrin gergasi yang terhasil setelah lipatan dibuka Sumber Foto-Future


Ketika dilipat, peranti tersebut akan menyerupai sebuah telefon pintar yang biasa dengan paparan skrin AMOLED 4.6 inci. Kelebihan skrin gergasi 7.3 inci yang terhasil apabila lipatan telefon tersebut dibuka tentunya akan memberikan pengalaman yang lebih menyeronokkkan ketika melayari internet, bermain games, dan menonton video.





setelah dilipat Galaxy Fold kelihatan seperti smartphone yang mempunyai rupa paras yang kurus  dan tinggi Sumber Foto-Techradar





Ternyata inilah peranti yang anda perlukan untuk membuatkan orang ramai terpana dan melopong setiap kali anda keluarkannya dari poket dek kerana rupanya yang luar biasa. Peranti ini  dikuasakan oleh Qualcomm SDM855 Snapdragon 855 (7 nm) CPU processor dengan RAM sebesar 12 GB.


Bagi memberikan sumber kuasa yang mencukupi untuk beroperasi, peranti ini turut didatangkan dengan konfigurasi dua bateri dengan kuasa sebesar 4380mAH. Samsung Galaxy Fold beroperasi menggunakan sistem operasi Android 9.0(Pie).




Paparan peta dapat dilihat dengan ebih jelas disebabkan saiz skrin yang berganda Sumber Foto-Techradar




Nampaknya Huawei juga tidak mahu kalah  dan bakal melancarkan peranti dengan konsep serupa pada hujung tahun ini yang dikenali sebagai Hawei Mate X.




Persaingan semakin hangat apabila dikhabarkan Huawei bakal melancarkan Huawei Mate X dalam masa terdekat Sumber Foto-Techradar





Adakah persaingan antara syarikat-syarikat elektronik dalam menghasilkan telefon pintar engan konfigurasi seperti ini akan mencetuskan suatu revolusi dalam reka bentuk peranti pintar di masa hadapan?



Samsung Galaxy Fold kini boleh didapati di Malaysia melalui preorder di laman web Samsung pada harga RM8388 bermula 9 Oktober 2019 ini.- CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2019 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Maaf hp ni akan monopause sesendu nya hp lumia windows. Bodoh lumia buat smartphone dah xboleh support apa2
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 02:51 PM | Show all posts
diberi pilihan untuk spend 8k of my choice, hakak pilih mulberry.....pejam mata dek...IF ONLY
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 02:52 PM | Show all posts
jatuh sekali  babai jela...
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 03:00 PM | Show all posts
samsung eww
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 03:11 PM | Show all posts
bg org yg tak taw duit nak buat ape  tu bleh la beli
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-10-2019 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 9-10-2019 06:49 AM
Maaf hp ni akan monopause sesendu nya hp lumia windows. Bodoh lumia buat smartphone dah xboleh suppo ...

Yup. Gadget is not a good investment. Device ni probably akan jd novelty item mcm nokia e90 communicator.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 03:27 PM | Show all posts
tepuk dahi tgk rege hp la nih...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2019 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ko bukan apple, jgn berangan letak hrga 8k. Samsung sendiri yg downgradekan brand sendiri. Xde nilai ekslusivity tu. samsung? Euww
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 03:38 PM | Show all posts
xmampu...pki je la ipong ni xs max ni smpi lebam..baru ku beli baru...
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 03:59 PM | Show all posts
lurve82 replied at 9-10-2019 03:38 PM
xmampu...pki je la ipong ni xs max ni smpi lebam..baru ku beli baru...

latest la tepon uols tu.. iols iphone 6 dari 2015.. tahun depan dah 5 tahun, dah boleh daftar tadika dah
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
awanysss replied at 9-10-2019 03:59 PM
latest la tepon uols tu.. iols iphone 6 dari 2015.. tahun depan dah 5 tahun, dah boleh daftar tadi ...

Latest ipong 11. Iols mmg pki smpi jahanam bru beli baru. Rata2 hp iols plg kurg 3 thn. Ni ipong pun 1st time pki. Sblm2 ni iols pki samsung. Tp samsung lipat ni. Hmmmmm. Klu duit xtau nak buat apa blh la beli.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 9-10-2019 06:49 AM
Maaf hp ni akan monopause sesendu nya hp lumia windows. Bodoh lumia buat smartphone dah xboleh suppo ...

Lumia is back la sis. tapi lahirkan anaak luar nikaah yang di kenali surface neo dan duo
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
fliphair8 replied at 9-10-2019 06:51 AM
diberi pilihan untuk spend 8k of my choice, hakak pilih mulberry.....pejam mata dek...IF ONLY

rilek. tunggu 6 bulan. nanti ada ap set / imported set dari singapore. bende2 mcm ni kita nampak 8k tapi di singapore celah gigi je. pasal SGD vs USD tak begitu ketara
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 09:37 PM | Show all posts
Dah ok ke, semua masalah pada phone ni?
Aritu masa tester test, byk isu ada.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam nokia lipat 12 tahun dulu ye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-10-2019 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Eric.n9 replied at 9-10-2019 01:37 PM
Dah ok ke, semua masalah pada phone ni?
Aritu masa tester test, byk isu ada.

Tgh review youtubers nampak mcm dah ok.hinge nampak kukuh.rasa geram tgk.kalau aku kaya!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2019 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 9-10-2019 01:31 PM
rilek. tunggu 6 bulan. nanti ada ap set / imported set dari singapore. bende2 mcm ni kita nampak 8 ...

Dgr khabar x lama lg akan keluar galaxy fold 2 plak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2019 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 9-10-2019 07:33 AM
Kalau ko bukan apple, jgn berangan letak hrga 8k. Samsung sendiri yg downgradekan brand sendiri. Xde ...

Rasanye harga 8k tu justify dgn innovation & feature phone ni. Phone jenis ni more towards design concept je kot. Samsung pun not bad as a smartphone.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 10:07 PM | Show all posts
inspiro92 replied at 9-10-2019 10:01 PM
Tgh review youtubers nampak mcm dah ok.hinge nampak kukuh.rasa geram tgk.kalau aku kaya!

haha, klu ok baguslah...
dulu tester complen pasal engsel dia.
pastu hujung screen.
Tu mana yang aku ingatlah. haaha

Cuma rega dia tu, mak datuk...

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 03:43 PM GMT+8 , Processed in 0.889961 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list