Dengan tiba-tiba sahaja, perkataan 'pantart' trending di Malaysia, mengalahkan drama tempatan dan isu semasa yang lain.
Warga Twitter membuat ciapan dan lawak mengenai perkataan tersebut yang mengikut pemahaman orang kita bermaksud kemaluan perempuan.
Namun, apabila diselidik, ia sebenarnya adalah nama seekor kucing!
Ia bermula dengan seorang warganet, Rida memuat naik video pendek mengenai kucingnya yang tersedu.
Dengan kapsyen yang dia baru mengetahui kucing boleh tersedu lalu memperkenalkan kucingnya, Pantart kepada umum, ia tidak semena-mena menjadi popular.
Kredit foto: Twitter
Lalu, seperti biasa ramai yang kreatif dalam memberi komen seperti apakah dialog akan terjadi jika kucing itu hilang serta pelbagai jenaka lain.
Mungkin nama pan***t itu sendiri diilhamkan dari nama 'pussy' yang selalu diberikan kepada kucing di barat. Tapi, bila di Malaysia, ia agak taboo walaupun melucukan.
Seram juga membaca komen-komen yang dilontarkan. Mungkin pada mulanya ia dijadikan bahan usikan dan jenaka, namun jika trend ini berterusan, mungkin akan ada nama kucing yang lebih 'daring' misalnya. Ianya hanya semata-mata kerana mahu cepat popular. Harapnya tidaklah ya. - CARI
|