View: 6320|Reply: 51
|
"Tidurlah Sayang Ummi Rehat Sepuas-puasnya" - Coretan Ibu Muhammad Sai
[Copy link]
|
|
“Sepanjang hayatnya tidak pernah sikit pun arwah susahkan kami, bahkan dia suka berdikari, mencari wang sendiri jika mahukan sesuatu."
Begitulah yang dikatakan oleh ibu kepada Muhammad Saifullah Mohammad Hafeiz, 16 yang meninggal dunia akibat dirempuh bas di Bayan Lepas, semalam.
Memetik laporan Harian Metro, Siti Hajar Ghazali, 38 berkata dia dan suaminya terkejut selepas menerima berita nahas itu.
"Saya pelik sebab selalunya dia kalau hendak keluar, pasti akan salam saya dulu tetapi semalam dia keluar begitu sahaja tanpa memaklumkan apa-apa.
Kredit foto: Sinar Harian
“Tidak lama selepas itu, saya dapat panggilan memaklumkan kemalangan itu. Sedih dan sukarnya saya menerima berita itu,” katanya.
Katanya lagi, meskipun masih bersekolah namun anaknya itu suka melakukan pelbagai kerja kerana tak mahu susahkan dia dan suaminya.
“Dia masih bersekolah, tetapi dari dulu dia jenis tidak suka duduk diam dan akan membuat kerja-kerja sambilan untuk mengumpul duit demi masa depannya.
“Malah, dia beritahu dia tidak mahu susahkan saya dan ayahnya, jadi apa sahaja dia nak, dia yang akan berusaha sendiri,” katanya.
Dalam pada itu, status Siti Hajar menerusi laman Facebook begitu mengundang sebak.
“Perginya putera sulung ummi, Muhammad Saifullah kepada Penciptanya. Terima kasih jadi anak yang baik untuk ummi. Jadi sahabat ummi. Walaupun ada masa Chaq tak larat tetap buat apa yang ummi suruh.
“Tidurlah sayang ummi rehat sepuas-puasnya. Tunggu ummi, abah dengan adik dekat sana. Ummi reda dengan ketentuan ALLAH.
“ALLAH pinjamkan Chaq kat ummi sekejap sahaja. 16 tahun lima bulan," luahnya.
Terdahulu, sebuah bas persiaran dari arah Persiaran Kelicap ke bayan Lepas dikatakan hilang kawalan sebelum bergesel dengan sebuah kereta dan merempuh sebuah lagi kereta.
Bas itu kemudiannya merempuh motosikal yang diletakkan di tepi jalan dan juga motosikal Muhammad saifullah yang sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Kucing ko bela dilanggar org pun ko meraung inikan anak ko.
Rindu ,dugaan berat utk makcik ni.
Takziah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Driver kelly peria yg positif dadah & takde lesen. bawa bus, keta & kotor semua tak semenggah. elok bawa basikal sajalah puak ni |
|
|
|
|
|
|
|
semoga pihak atasan tak bias dalam kes ni |
|
|
|
|
|
|
|
Aku baca status mak dia pun aku menangis ..berat sungguh ujian utk mak bapa dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Bas kilang yg warna biru tu seram. Kemain laju potong kalau bawak.. dahler cermin hitam.. aku syak driver kelly |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga rohnya tenang di sana |
|
|
|
|
|
|
|
ni kalau terlepas, mmg ajaib lah |
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah sedihnya.. Moga ibu arwah n keluarga diberi kekuatan n ketabahan ats kehilangan ank tersayang.. |
|
|
|
|
|
|
|
takkan terlepas punya. Duduk mereput lah dlm jel.
|
|
|
|
|
|
|
|
Takziah buat keluarga...
Iolss pun ada 2 saudara dekat yg 'hilang' anak masa umur baya2 arwah ni.
Dedua tu anak sulung n lelaki. Dedua pun meninggal sbb accident.
Yg sorg tu agak lama kawin baru dapat anak. Anak dia meninggal sebulan dua sebelum puasa. Masa Raya tahun tu ktorg jumpa dia, dia still sedih lagi. Mata pun sembab. Dah lamaaa baru dia OK sikit.
Yg lagi sorang anak 2 org. Sorang laki, sorang pompuan. Meninggal lepas raya haritu. Anak dia ni suka makan ayam. Sehari lepas kebumi ank dia tu, dia bagi ayam yg dlm fridge kt mak dia. Dia ckp dia tak boleh tgk. Mesti terigt anak dia.
|
|
|
|
|
|
|
|
kechikchomel replied at 8-11-2019 08:56 PM
Takziah buat keluarga...
Iolss pun ada 2 saudara dekat yg 'hilang' anak masa umur baya2 arwah ni.
...
Teringat juga..
Tahun 2004,anak buah i pun meninggal eksiden masa umur 18 tahun..
Dia pun anak lelaki sulung, yg sangat baik.. Anak yg boleh diharap. Masa tu adik bongsu dia umur 2tahun manja gila ngan dia..
Hari nk kebumi tu, ramai dtg jumpa kakak i ucap takziah sambil puji2 kebaikan arwah masa hayat nya.. |
|
|
|
|
|
|
|
pearl.silver replied at 8-11-2019 09:14 PM
Teringat juga..
Tahun 2004,anak buah i pun meninggal eksiden masa umur 18 tahun..
Dia pun anak ...
Takziah sis..
Samalah macam arwah sedara iolss ni. Masa kebumi tu ramai kawan dia yg dtg. Dorg ramai2 turun kan jenazah ke dlm liang lahad.
Arwah ni tggl depan rumah nenek dia (mak long iolss). Masa arwah ni ada, mak long iolss klu nak mntk tlg apa2 mmg mntk tlg dgn arwah ni la. Mak n pak sedara arwah ni pun, boleh kata sume la menangis masa dorg kafan kan arwah ni. |
|
|
|
|
|
|
|
kechikchomel replied at 8-11-2019 08:56 PM
Takziah buat keluarga...
Iolss pun ada 2 saudara dekat yg 'hilang' anak masa umur baya2 arwah ni.
...
Sedihnya baca cerita u.
Kt forum ni, ank org meninggal pun org buat main. I doakan org mcm tu, rase apa yg kami rase. |
|
|
|
|
|
|
|
noraidil_06 replied at 8-11-2019 10:05 PM
Sedihnya baca cerita u.
Kt forum ni, ank org meninggal pun org buat main. I doakan org mcm ...
Iolss belum ada anak Mod..
Tapi mak iolss baby sit anak org n ada sorang bdk ni mmg manja dgn ktorg. Kalau dia tk dtg sunyi rumah. Ktorg pun selalu je sebut pasal dia klu borak2 dgn sedara mara.
Ni baru anak orang tay. Tak tau la klu parents yg dh 'hilang' anak. Macam mana lah perasaan tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Kite hidup ni akan sampai satu masa merasa juga kehilangan orang tersayang..
|
|
|
|
|
|
|
|
kechikchomel replied at 8-11-2019 08:56 PM
Takziah buat keluarga...
Iolss pun ada 2 saudara dekat yg 'hilang' anak masa umur baya2 arwah ni.
...
Bukan sahaja anak meninggal ko xleh tgk mknn kegemaran (ayam)...
Aku ni anak masuk asrama yg suka mkn asam pedas pun..aku takkan masak asam pedas selagi dia x balik cuti..xleh masak, sedih sebak teringat anak x dpt mkn
Yg sorang lg suka minum teh hijau..habis aku sorok teh hijau..sayu teringat anak jauh
Takziah acik yg hilang anak dlm accident ni, betapalah pentingnya meneruskan kempen jauhi dadah. Dadah musuh negara. |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah buat umminya. Dalam berita tadi ada tunjuk keadaan tempat kejadian. Mujur jasad arwah sudah ditutup dengan kain. Semoga umminya kuat menghadapi ujian ini |
|
|
|
|
|
|
|
Tabahlah ummi. Ujian yg sgt berat. Redha tu akan dtg sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
Tak pasal2 je kena langgar walaupun berhenti kt lampu isyarat. Kesiannya |
|
|
|
|
|
|
| |
|