Dah sampai masanya untuk melupakan dunia hiburan. Itu kata penyanyi veteran, Datuk M Daud Kilau.
Keputusan itu dibuat atas faktor kesihatan yang dialaminya. Difahamkan, dia sudah tidak larat berdiri, apatah lagi bergelek di atas pentas.
Kredit foto: Malaysia Gazette
Sejak mengalami komplikasi membuang air kecil pada 2016, kesihatan penyanyi lagu 'Cek Mek Molek' dan 'Gila Judi' itu semakin buruk.
"Kesihatan saya semakin teruk. Sekarang saya membuat rawatan susulan dua atau tiga minggu sekali di klinik dan hospital.
"Saya menghidap kencing manis, kebas kaki dan tangan serta pinggang yang rasanya sakit sangat," katanya kepada Malaysia Gazzette.
Kredit foto: Google
Beliau juga terpaksa menolak tawaran membuat persembahan di Singapura oleh kumpulan Black Dog Bone.
"Kalau datang duduk saja (di atas pentas) tak elok. Tak kan nak tunjuk muka saja. Black Dog Bone kata datang saja, mereka buat persembahan dan saya duduk saja.
"Mereka beri duit, tambang kapal terbang, hotel, tak kan saya datang nak duduk sahaja. Jadi saya minta maaf kepada mereka yang membuat tawaran, saya tak dapat memenuhi undangan mereka kerana masalah kesihatan yang saya alami," tambahnya.
Kredit foto: Malaysia Gazette
Katanya, jika rindu pada peminat, dia akan menatap koleksi baju labuci yang disimpan dengan rapi.
"Saya hanya mahu menghabiskan sisa hidup ini, berapa lama lagi Allah bagi saya.
"Saya bersyukur sampai sekarang Allah memberi nafas kepada saya."
Doakanlah kesihatan untuk M Daud Kilau. Lagu-lagunya sentiasa malar sepanjang zaman. - CARI |