View: 2950|Reply: 26
|
[Tempatan]
Keganasan rumah tangga paling tinggi ialah Selangor. Antara puncanya suami panas
[Copy link]
|
|
Selangor catat kes keganasan rumah tangga tertinggi - Hannah Yeoh
November 21, 2019 13:22 MYT
KUALA LUMPUR: Selangor mencatat kes keganasan rumah tangga tertinggi iaitu sebanyak 91 kes (27 peratus) daripada 340 kes yang dilapor ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dari awal tahun ini sehingga Jun lepas.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh berkata, Pahang pula berada di kedudukan kedua dengan 56 kes (16 peratus) diikuti negeri Kedah sebanyak 34 kes (10 peratus).
Menurut beliau, daripada jumlah tersebut 316 mangsa adalah perempuan dan 24 kes adalah lelaki.
“Bagi menangani isu keganasan rumah tangga, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mengambil tindakan di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 [Akta 521].
“Menerusi akta ini, kerajaan memperuntukkan perlindungan undang-undang dalam situasi keganasan rumah tangga dan perkara-perkara yang bersampingan dengannya.
“Tindakan segera akan dijalankan bersama agensi-agensi penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), mahkamah dan agensi yang berkaitan bagi memastikan segala bentuk keganasan rumah tangga dapat dibendung,” katanya.
Hannah berkata demikian semasa menjawab soalan Natrah Ismail (PH-Sekijang) yang mahu KPWKM menyatakan statistik mangsa keganasan rumah tangga di seluruh negara.
Hannah sebelum ini dilaporkan berkata, sebanyak 83 peratus daripada 309 kes keganasan rumah tangga yang berpunca daripada penagihan dadah antara tahun 2015 hingga tahun lalu membabitkan mangsa wanita.
Statistik oleh JKM mencatatkan 3,573 kes keganasan rumah tangga secara keseluruhan dengan pelbagai faktor dalam tempoh yang sama.
Enam faktor utama daripada 25 faktor berlakunya keganasan rumah tangga adalah perselisihan faham iaitu sebanyak 692 kes, panas baran (658 kes), masalah kewangan (327 kes), cemburu (312 kes), penagihan dadah (309 kes) dan campur tangan pihak ketiga (177 kes). |
|
|
|
|
|
|
|
Selangor negeri terkaya semelaysia katanya |
|
|
|
|
|
|
|
sudah tahu diri itu miskin dhoif tidak perlulah kahwin
orang melayu ramai yang tidak cerdik |
|
|
|
|
|
|
|
"jangan takut kawin ..kawinlah..nanti rezeki datang " done petikan estazz
|
|
|
|
|
|
|
|
Ustaz itu berkata begitu selalu seperti dia beritahu para jemaah
"bersedekahlah sesungguhnya sedekah itu membuka pintu rezeki"
cuba tanya semula pada ustaz itu dia selalu bersedekah tidak kerana apabila dijmeput beri syarahan dia tetapkan bayaran yang tinggi
jadi di mana sedekah yang dicakapkannya sebelum ini
|
|
|
|
|
|
|
|
bilangan suami yg suka anal semakin meningkat |
|
|
|
|
|
|
|
Eh2 bukan ganu klate kah? Mengikut ummah porum lelaki sana paling haprak |
|
|
|
|
|
|
|
when cakap pasal statistik kenegerian ni kan...its quite unfair to selangor and KL actually, sebab mostly pemastautin ni berasal dari negeri lain mencari rejeki di negeri terkaya ni...but yet again... |
|
|
|
|
|
|
|
Bagi iols selangor ka negeri lain ka, mcm sama ja belanja mahai serupa tu gak.. Maybe sana byk tempat shopping kut Tapi duk selangor best |
|
|
|
|
|
|
|
fliphair8: when cakap pasal statistik kenegerian ni kan...its quite unfair to selangor and KL actually, sebab mostly pemastautin ni berasal dari negeri lain menc ...
nak taw jugak caner dia buat stats ni,is it based on ic?ke just randomly tgk kes di negeri2 itu?hihihi~ |
|
|
|
|
|
|
|
bukan panas baran ni tak ikut negeri ke |
|
|
|
|
|
|
|
Padan la yang problem sebab masalah baran tu.
Nak sangat bad boy/perempuan gedik kan |
|
|
|
|
|
|
|
salmon-suki replied at 22-11-2019 01:06 AM
nak taw jugak caner dia buat stats ni,is it based on ic?ke just randomly tgk kes di negeri2 itu? ...
laporan dr statistik ni ikut pd laporan yg di buat. klu takde laporan siapa yg tau. Selangor kelihatan lbh tinggi mgkn sebab kesedaran di kalangan penduduk Selangor penting utk buat laporan. Tp mgkn negeri negeri lain bini tak mau report sebab rasa ini hal dlm kain org lain tak perlu tau. so rela sajork jd punching bag suami tak guna |
|
|
|
|
|
|
|
ramai yang kahwin muda kot, umur 22 dh ada anak kena kerja kuat cari duit, bila gaduh sikit post kt status whatapp mcm dh bercerai gayanya, skali laki baca status bini tak boleh tahan darah muda katanya abis die belasah bini dia. Sbb aku slalu baca status whatapp kejap sweet bersemut kejap mcm dh bercerai hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
bkn sebab negeri tapi sebab makin berlambak biawak hidup zaman skg ni. tak cukup jadi biawak siap pakej dgn panas baran sekali |
|
|
|
|
|
|
|
Peterpan17 replied at 22-11-2019 08:59 AM
laporan dr statistik ni ikut pd laporan yg di buat. klu takde laporan siapa yg tau. Selangor kelih ...
Oooo..ikut laporan laa despite of the ic no...okehhhh..macehhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
fliphair8 replied at 21-11-2019 05:56 PM
when cakap pasal statistik kenegerian ni kan...its quite unfair to selangor and KL actually, sebab m ...
Agreed! N tengok la kepadatan penduduk di selangor/KL ni compare to negeri lain. Plus, ramai nikah negeri lain, duduk selangor, bercerai kat selangor |
|
|
|
|
|
|
|
yup!! bukan ikut IC. Klu bini yg kena keganasan rumah tangga tu buat polis report atau ke Women's Aid Organization dan persatuan persatuan yg sewaktu dgnnya, asalkan di tempat mereka bermastautin. Bg aku satu benda yg baik Selangor tertinggi sebab nampaknya wanita yg tinggal di Selangor sudah tau what to do klu ada domestic violence. Negeri negeri yg kononnya rendah, rela di jadikan punching bag suami bagi aku sangatlah kesian. Domestic violence depa selalu ckp jgn buka aib rumahtangga dan bla bla pdhal domestic violence ni perlu di bendung dgn buat laporan. At least ada tindakan susulan dari pihak yg berwajib. Walaupun laki bini, bukan lesen ko nak buat bini jd punching bag.
|
|
|
|
|
|
|
|
fliphair8 replied at 21-11-2019 05:56 PM
when cakap pasal statistik kenegerian ni kan...its quite unfair to selangor and KL actually, sebab m ...
Duduk selangor pun aku rase jarang giler kenal org pure selangor.. Slalu yg ade kt slayang tu indon, klntan,kl, kedah. Dlm satu ofis pun ble kire dgn jari org pure selangor.. So stuju ttanye2 gak laporan tu maybe unfair |
|
|
|
|
|
|
| |
|