Gambar perhimpunan yang turut dihadiri bekas-bekas pengganas PKM di sebuah dewan di Kajang.
Kredit foto: Facebook
Perjumpaan kira-kira 400 orang termasuk bekas pengganas Parti Komunis Malaya (PKM) di Kajang, Selangor telah menimbulkan kemarahan banyak pihak.
Rata-rata netizen bimbang aktiviti itu akan menyemarakkan semula anasir subversif yang pernah memporak-perandakan keamanan negara suatu ketika dahulu.
Kredit foto: Facebook
Sebahagian daripada mereka berpandangan, kegiatan sedemikian jika tidak dibendung boleh melarat sehingga menyebabkan bekas Setiausaha Agung PKM, Chin Peng dan pengganas-pengganas komunis yang lain diiktiraf sebagai pejuang negara.
Ada netizen mempersoalkan mengapa perhimpunan yang dihadiri pemimpin DAP, Ronnie Liu dan pemimpin PKR, Dr Syed Hussin Ali itu tidak memerlukan permit.
Kredit foto: Facebook
Sementara itu, memetik laporan MyMetro pada 1 Disember, perjumpaan itu diadakan sempena ulang tahun ke-30 Perjanjian Damai Hatyai yang menyaksikan PKM meletakkan senjata.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja perjumpaan berkenaan, Wong Kam Leong menjelaskan bahawa mereka cuma mahu mengeratkan semula hubungan sesama bekas ahli PKM.
Dia memberitahu, aktiviti sedemikian tidak diadakan sebelum ini kerana sumber kewangan yang terhad dan mereka tidak pasti sama ada program itu akan diteruskan tahun depan.
Pengganas-pengganas PKM telah membunuh ramai rakyat yang tidak berdosa dan anggota pasukan keselamatan negara dalam cubaan mereka merampas kuasa. Kredit foto: tes.com
Seperti yang dijelaskan Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, perjumpaan itu tidak memerlukan permit kerana diadakan secara tertutup.
Perjumpaan itu mencetuskan kontroversi lebih-lebih lagi selepas insiden bintang berbucu lima pada Jalur Gemilang yang menimbulkan kemarahan rakyat, baru-baru ini. - CARI |