"Minta maaf banyak-banyak saya tidak mahu keluarkan apa-apa kenyataan sekarang."
Kredit foto: IG
Chacha Maembong bertegas tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung video kontroversi miripnya berbikini di Bali, Indonesia baru-baru ini.
Memetik Gempak, pelakon itu enggan kontroversi berkenaan mengganggu konsentrasi dirinya yang mahu menjaga kakaknya, Emma Maembong yang kini berada di hospital akibat diserang demam panas dan jangkitan kuman.
"Buat masa ini, saya tidak mahu keruhkan lagi keadaan memandangkan Emma masih dalam hospital.
"Sekarang pun saya bergegas mahu ke hospital dan kalau boleh saya mahu fokus menjaga kakak terlebih dahulu.
"Saya memang tak boleh, minta maaf... tak nak jawab fasal perkara tu. Saya biarkan saya dahulu sebab mahu jaga keluarga terlebih dulu buat masa sekarang," katanya.
Baru-baru ini, dunia hiburan digemparkan dengan beberapa foto dan video tular memaparkan gadis berbikini yang mirip Chacha di Bali, Indonesia.
Kredit foto: IG/GEMPAK
Kredit foto: IG/GEMPAK
Apakah akan ada pengakuan daripada pihak Chacha selepas Emma sihat dan keluar hospital nanti? - CARI
|