Kredit foto: IG
"Memang kerja dan tanggungjawab kau sebagai isteri dan emak, tapi kau bukan robot."
Dalam kemas kini terbaru di Instagramnya, pelakon itu menyeru kepada golongan lelaki terutama yang bergelar suami agar membantu isteri mereka di rumah.
"Suami, mohon terbaca kapsyen ni. Sayangilah isteri. Bantu. Kalau kau tak ada rasa sayang, kesian lah," tulisnya.
Kredit foto: IG
Menurut isteri kepada penyampai radio dan pengacara Fizi Ali, kerja seorang suami tidak sepenat kerja seorang isteri membesarkan anak dan mengurus rumah tangga.
"Suami, kau jangan seronok sangat main game sampai kau bosan. Jangan seronok sangat tengok TV sampai berpinar mata.
"Kau bukan kawin dengan maid. Anak tu bukan anak jiran sebelah rumah," ujarnya.
Kredit foto: IG
Dalam masa sama, Shakilla memuji golongan suami yang sama-sama membantu meringankan beban isteri.
Semoga golongan suami di luar yang selama ini membiarkan isteri menggalas beban sendirian terkesan dengan nasihat Shakilla ini. - CARI
|