CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4714|Reply: 32

[Tempatan] Di Semporna, gadis OKU pun tetap jadi mangsa rogol

[Copy link]
Post time 10-12-2019 07:14 AM | Show all posts |Read mode
Empat remaja bawah umur ditahan kes rogol gadis OKU
Disember 10, 2019 06:32 MYT

SEMPORNA: Empat orang remaja tempatan bawah umur ditahan polis pada Ahad lalu kerana disyaki merogol seorang gadis Orang Kelainan Upaya (OKU) berusia 18 tahun.

Ketua Polis Daerah Semporna, Supt Sabarudin Rahmat dalam satu kenyataan berkata, laporan polis telah dibuat oleh bapa mangsa pada 8 Disember lalu.

Menurut bapa mangsa, pada hari kejadian, beliau semasa tidur terjaga pada sekitar jam 2 pagi dan mendapati anak perempuannya itu tidak ada di rumah.

Setelah mencari, mangsa yang bisu dan pekak itu akhirnya dijumpainya duduk bersendiri di hadapan rumah bapa mertuanya di salah sebuah ladang kelapa sawit.

"Bapa mangsa kemudian membawa mangsa pulang ke rumah dan mangsa menceritakan menggunakan bahasa isyarat memberitahu bahawa dia telah dirogol oleh beberapa suspek yang dikenali.

"Keesokan hari, bapa mangsa telah membuat laporan polis dan mangsa telah dirujuk ke Hospital Tawau untuk pemeriksaan," kata beliau.

Bertindak atas maklumat, polis berjaya menahan empat orang suspek remaja berumur lingkungan 14 hingga 16 tahun.

Hasil awal siasatan mendapati salah seorang suspek memanggil mangsa menggunakan panggilan video pada malam kejadian dan berjumpa dengan kesemua suspek di sebuah pondok kosong 15 meter dari rumah mangsa.

Kesemua suspek direman tujuh hari dari tarikh tangkapan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 375B Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, boleh dipenjara tidak kurang daripada 10 tahun dan tidak melebihi 30 tahun.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2019 07:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus dapat ditangkap semuanya. Semoga perbicaraan berjalan lancar dan mereputlah semua dalam penjara disebabkan nafsu serakah mengalahkan haiwan.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2019 10:05 AM | Show all posts
Kesiannya, dia pekak dan bisu dan sangat la naif kan, jejantan tu ajak video call la sbb nak ajak guna bahasa isyarat sekali bila jumpa dirogol. Kenapa setan sgt perangai bdk2 ni! Dah mcm jenayah rogol kat India nihhhh
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2019 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
14 tahun dah pandai merogol
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2019 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Kerat je punai perogol2 tu xpun tembak matinje dorang
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2019 02:07 PM | Show all posts
macam anak kucing saya kat rumah, baru nak masuk 4 bulan dah pandai nak rogol makcik dia... kena terajang dengan makcik dia terus nangis majuk duduk bawah almari...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-12-2019 02:32 PM | Show all posts
dah plan jahatlah ..stanby sampai 4 org mmg niat nak rogol..
bagus dpt tangkap semua..
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2019 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
xtau le nk nyalah sape.. kesannya bila ada  henfon canggih manggih..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2019 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Cmne ade no fon pompuan ni utk buat video call
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2019 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgn tengok porn dik nanti hormon makin mgila
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2019 04:46 PM | Show all posts
babi btl perangai.. belasah bontot kasi lunyai
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2019 05:21 PM | Show all posts
Allahu... kena pantau anak2 sekarang. Kalau boleh mana yg ada handphone tu lagi kena cek selalu..
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2019 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Biar kena rogol pulak dlm penjara.. Hamjad
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2019 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Bawah umur kire juvana kan
Juvana bole dpt ke 20 tahun 16 sebatan?

Jgn masuk henry gurney 5 tahun je pastu bebas
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2019 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian mak ayah budak2 bawah umur tu. Kecik2 lagi dah ada juvana kes . Kes berat plak tu. Penat branak, jaga, kasi sekolah, kasi makan, kasi tempat tinggal, belikan baju raya etc
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2019 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Awatla gatai galak sangat budak2 ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2019 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
deaf mute person selalu nya good looking ....bukan seperti cacat anggota badan lain ....
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2019 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
deaf mute person selalu nya good looking .....tiada kekurangan pun dari bentuk rupa dengan normal person ....bukannya seperti cacat anggota badan lain....
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2019 12:37 PM | Show all posts
OKU pun deme sanggup melempias nafsu.....hadoi...
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2019 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga anak2 kita terlindung dari manusia2 macam ni. Dulu2 belajar reproductive system masa from 3 pun malu2, awkward je. Skrg form 2 pun dah tau aktiviti mengeseks ni.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 04:54 PM GMT+8 , Processed in 1.639371 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list