Kredit foto: The Star & Google
Susah kalau ada kawan atau saudara mara mahupun adik-beradik sendiri yang jenis liat nak bayar hutang. Waktu pinjam dulu bukan main manis lagi janji nak bayar sekian-sekian tapi bila dah berbulan lamanya tak ada dengar khabar berita langsung.
Adat berhutang, si peminjam haruslah bayar apabila sudah berjanji pada waktu dan tarikhnya. Bukannya mendiamkan diri dan terus mengelak dari membayar hutang.
Jadi, bagaimana caranya untuk menuntut hutang dari si peminjam yang degil nak mati ini? Ada caranya. Anda boleh membuat tuntutan di Mahkamah Tuntutan Kecil supaya duit anda boleh diperolehi kembali.
Kredit foto: Money Under 30
BAGAIMANA UNTUK MEMBUAT TUNTUTAN KECIL DI MAHKAMAH
(Prosidur Tuntutan Kecil) Mahkamah Majistret
Mahkamah Tuntutan Kecil diwujudkan bertujuan untuk memberi kemudahan kepada orang ramai untuk membuat tuntutan yang berupa hutang, perkhidmatan dan lain-lain di mana jumlah tuntutan ialah tidak melebihi RM5,000.00.
Mahkamah ini diwujudkan bagi membicara kes di mana hanya pihak menuntut dan pihak kena tuntut sahaja yang terlibat tanpa menggunakan peguam dan mengurangkan kos perbicaraan.
Apakah Perkara-Perkara Yang Boleh Dituntut
1. Mendapatkan kembali hutang
2. Tuntutan barangan melibatkan nilai
3. Upah sesuatu perkhidmatan yang tak dibayar
4. Sewa menyewa
5. Tuntutan atas barangan yang rosak.
6. Tuntutan persembahan yang tidak dilaksanakan
Di Mana Tuntutan Perlu Dibuat
Tuntutan (saman) ini boleh dibuat di mana-mana Mahkamah Majistret yang berhampiran. Pejabat Pendaftaran Mahkamah Majistret dibuka pada waktu pejabat.
Caranya senang, seorang pengguna F@cebook telah melakukannya. Jadi kita ikut petua dari lelaki ini. Secara ringkasnya cara-caranya adalah seperti berikut:
'Paksa' penghutang bayar hutang dalam tempoh 30 hari
Pergi Mahkamah Sivil untuk buka fail tuntutan kecil
Apabila defendan mengaku salah meminjam tapi tak membayarnya kembali, mahkamah akan beri arahan untuk bayar segera dalam masa 30 hari.
Jika masih gagal melunaskan hutang, planitif boleh buat tindakan mahkamah semula di mana penghutang perlu membayar terus hutang/ harta disita atau waran tangkap dikeluarkan untuk ditahan! Rasakan! Liat sangat mahu bayar hutang kan?
Semoga perkongsian ini dapat membantu anda semua yang ada masalah penghutang liat nak membayar hutang mereka.- CARI
Kredit : FB Doc Ensem
Sumber asal : MN Magnes Ded |