Akal, emosi dan sentimen
Apabila perasaan kasihan melebihi kewajaran, seorang peniaga tepi jalan meluahkan isi hatinya mengenai sikap orang kita.
Menurut Moreeza Mohamad yang berniaga buah nenas berhampiran sebuah bank tempatan, ini adalah luahan setelah menyaksikan sendiri bagaimana makcik dan pakcik yang 'meniaga' keropok itu sebenarnya adalah pengemis sindiket yang mengambil simpati orang ramai.
Golongan ini lebih banyak pendapatannya berbanding peniaga kecil sepertinya. Dimana keadilan itu?
Fb
Pengalamannya berniaga di kaki lima Maybank Seksyen 9 BB Bangi, menjelaskan 'perniagaan' berupa SIMPATI dan sentimen lebih untung berbanding produk yang diusahakan dengan titik peluh sendiri.
Rupa-rupanya warga emas yang kononnya menjual itu kebanyakan adalah dari Selatan Thai yang sanggup duduk di atas lantai kaki lima yang kotor.
"Berkesan sungguh emotional effect pada org lain hanya dengan taktik duduk direct atas lantai. Harga yang dijual RM10 sangat tidak setimpal dengan kualiti barang yang dijual. Tapi orang masih memberi sedekah sebab kasihan."
Fb
Bagi Moreeza, bisnes modelnya jauh lebih susah kerana untuk set booth sahaja ambil masa 20 minit. Itupun kalau dapat kaki lima dan 'offload' barang cepat. Belum termasuk mengangkat 2-3 bakul berisi Nenas seberat 50-100kg, peti sejukbeku polystrene berisi nenas potong dan jus, penimbang digital, 3 keping plywood utk letak Nenas, kain utk lap botol jus, tisu, baldi kecik isi air utk cairkan jus yg beku, bekas duit tukar, tester Nenas, toothpick, beg plastik, stand up bunting, papan harga, dan lain-lain. Semuanya berteraskan kualiti, harga berpatutan dan usaha yang gigih. PENAT.
Sedangkan 'perniagaan' berteraskan simpati itu begitu laris. Ada saja pelanggan 'mencampakkan' RM10, RM5 kepada mereka. Yang lebih menakjubkan, pelanggan tidak mengambil apa pun barang jualan mereka. Duit masuk, barang tak keluar.
fb
Malahan dia juga menyimpulkan ianya sindiket kerana pada jam 12 malam (ATM tutup), akan sampai satu TOYOTA HILUX plate Thailand, parkir menyorok lalu menyuruh seorang budak kecil memanggil Pakcik dan Makcik itu.
Lebih malang, hasil lumayan mereka dibawa ke Thailand tanpa memberi faedah kepada anakjati Malaysia yang masih ramai susah dan gigih berusahasiangmalam. Ada warganet Yang tahu mengenai sindiket ini.
fb
Aduhai, mesti ramai di antara kita yang pernah bersedekah kepada makcik dan pakcik sebegini. Apa kata selepas ini, sokong peniaga tempatan pula supaya mereka lebih maju dan bersemangat menjana ekonomi negara. - CARI