Bahan-bahan membuatnya:
- 1 cawan gula pasir
- 1 cawan air panas
- 1 cawan tepung gandum
- 125 gm butter
- 4 bj telur ayam gred B
- 1/2 tin susu pekat
- 1 camca besar baking soda @ soda bikarbonat ( wajib )
- Periuk nasi
Cara membuatnya:
Foto: FB
1&2) Panaskan gula dengan api sederhana sehingga hangus (tapi bukan hangit ya).
3) Bila nampak keperangan, tuangkan air panas tadi sedikit demi sedikit sehingga habis. Kemudian, perlahankan api sampai gula hangus tadi dan air sebati.
FB
4) Kemudian, masukkan mentega, kacau dan biarkan seketika.
5) Masukkan empat biji telur ke dalam mangkuk dan kacau sebati dengan susu pekat.
6) Masukkan tepung dan baking soda, kacau sebati.
7) Kemudian, tuangkan air gula hangus tadi ketika masih suam ke dalam adunan sambil kacau sehingga abis.
FB
7) Kemudian, tuangkan air gula hangus tadi ketika masih suam ke dalam adunan sambil kacau sehingga abis.
8) Gris kan periuk nasi, kemudian tuang adunan ke dalam, tudungkan dan tekan butang memasak.
9) Kek akan masak sendirinya selepas butang masak siap. Boleh juga untuk gunakan pisau mencucuk samada sudah masak atau belum. Jika perlu tambah masa, tekan kembali butang memasak tadi.
Senang kan? Masak kek dengan periuk nasi pun dah boleh sekarang. Selamat mencuba! - CARI
Kredit: FB Azizi Rais menerusi Masak Apa Hari Ini