Satu video yang dikongsikan di laman Twitter menunjukkan iklan kesedaran membuatkan ramai warganet 'buka mata'.
KREDIT FOTO - YOUTUBE
Video berdurasi 1 minit 47 saat itu menunjukkan perbandingan antara ibu dan pembantu rumah, melihat siapa yang lebih memahami dan mengenali anak yang mereka jaga.
Antara soalan diajukan adalah seperti cita-cita, kawan baik, subjek kegemaran dan rakan lelaki yang disukai oleh anak tersebut.
Kaji selidik yang dijalankan oleh sebuah syarikat di Singapura itu menunjukkan 74 peratus daripada pembantu rumah berjaya menjawab soalan dengan tepat berbanding ibu kandung sendiri.
Malah, kanak-kanak yang dijaga pembantu rumah lebih selesa berkongsikan masalah mereka kepada pembantu rumah masing-masing, walaupun ibu kandung mereka ada di rumah!
Rata-rata warganet turut terkesan melihat video berkenaan yang mencecah lebih 1.54 juta tontonan lkldalam masa beberapa hari ia dikongsikan.
Twitter
Twitter
Twitter
Twitter
Bagaimana pula dengan anda? Sejauh mana anda mengenali anak masing-masing? - CARI
Post time 3-1-2020 12:43 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Pd ai,quite true laa..kt tmpt ai keje pn sama..bila tny parents apa fevret anak2,mostly xdpt jawab..kita faham ler dorg working parents kan..tp ada je working parents y bila ada kt rumah,spend quality time dgn anak2..
So y parents mcm tu,walau bz mcm mana pun,at least dorg care psl anak..y satu lg asyik penat je n tak hiraukn anak..xde lgsg quality time dgn anak,tu y ada anak2 memberontak sama,dorg nak gain attention parents dorg..ni sekadar my observation kt tmpt keje ai laa..hehe..
Post time 3-1-2020 01:49 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Tak pernah ada maid , kalau ada pun sekejap je, adik beradik semua jenis menepek kt mak,nk ada bayangg bayang mak, bau mak, nasib mak iols pandai buat kerja sampingan kt rumah.. Adik beradik pun ada tugas masing2 kt r so kelebihan nya dah besar tak bergantung pada orang luar ..
Post time 3-1-2020 08:30 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Mak bapak selfish. Klau mampu ada anak satu, kenapa mahu ramai. Kalau x mampu ada anak, kenapa nk juga beranak? Klau xmampu pkai kereta Honda knape xpakai saga basic je? Klau xmampu nk pakai tudung arianai, lopak, duck pkailah tudung rm10 je. Andaikata semua jalani hidup ikut kemampuan, xlah anak2 terbiar dididik maid dn taska segala. Zaman skrng ssmua suka nk hidup lebih dar kemampuan, pastu merungut itu ini xcukup dn susah. Makan mahal, masak, bawa bekal. Kereta minyak tol mahal, naik lrt ke apa. Hidup kt kl mahal, pi balik kg kerja kampung. Ni skrng jenis mentaliti orng pi jepun pi europe mana, dia pun nak. Xpe pi bajet2. Pi tour 12 negara 9hari. Touch n go je tiap tempat janji dpat bergambar. Xkisahlah setiap masa pun dlam bus. Haaaaa gituuuuu pastu anak mampos kt taska.
Macamana dia org boleh dapat maid yg baik mcm tuu.. Jaga anak majikan mcm anak sendiri.. Aku punya maid mcm haram J... Sampai anak ckp Mumy no more maid please..
Post time 3-1-2020 08:34 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Kalau rs struggle cari nafkah sampai kurang ms dgn anak..korang kena sacrifice juga tak payah beranak byk. Kalau anak kena berkorban kena tinggal dgn mak ayah, mak ayah pun kena la beranak sket
Post time 4-1-2020 11:43 AMFrom the mobile phone|Show all posts
taman mzz ni ramai je mak2 tak bekerja yang hantar anak gi taska.. nak suruh anak bersosial sikit and at the same time dpt belajar. everybody ada reason for their choices..
zaman sekarang semua mak pak kena kerja, kos hidup makin tinggi..kalau mak- mak tak keja pun susah jugak..kot kena tinggal tonggang langgang nanti..anak2 pun kesian, mak pak pun kesian jugak..tapi kenalah balancekan masa keja dengan hal- hal rumahntangga ni..tak boleh semua nak lepas tangan dekat maid je pulak
Post time 24-2-2020 05:10 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Aku pon sibuk cari duit, anak aku since 3 months old nanny jaga, skang dah 5 tahun tapi I'm her one and only best friend, according to her lah. Pagi2 nanny siapkan bekal makan dia ke sekolah, lunch and dinner during school days nanny sediakan ntuk dia (sebab dia dinner awal) , tapi anak aku tetap cari aku bila aku ada dekat rumah and semua benda dia nak aku buatkan ntuk dia. Sebab apa? Sebab aku still tidurkan dia every night, aku still mandikan dia and siapkan dia every morning untuk ke sekolah, aku rela hantar dia pergi sekolah every day walaupon almost every day aku sampai ofis lambat (balik sekolah je dia naik bas) and every night aku make sure aku sit down with her ask her about her day, about her friends, about the activities they did in school, etc. and before bed aku baca story book with her and until now dia akan minta aku zikir dulu before dia tidur. Key word is you are the parents not the nanny, spend more time with them and make them know that you will always be there for them no matter what. Unless you purposely don't want to be in your child's life lain cerita la.
Post time 26-2-2020 06:14 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Kalau mak ayah memang harapkan maid 100% tak mustahil itulah jadinya. Macam mana sibuk pun kita tetap kena cari masa utk anak. Jangan sampai diorang rasa ada jurang..