Lelaki berang apabila sepasukan bomba di Detroit kelihatan gembira bergambar di hadapan rumahnya yang sedang dijilat api marak.
"Mereka hanya membiarkan ia terbakar. 18 anggota dan semuanya tidak melakukan apa-apa," kata Deonte Higginbotham, 21, kepada New York Post.
Foto: FB Bomba Detroit/Daily Mail
Difahamkan, rumah itu didiami keluarganya sejak 50 tahun lalu.
Tambahnya, semua ahli keluarganya terkilan dan berang dengan kejadian dan menggesa supaya pihak berwajib memecat kesemua anggota terbabit.
Memetik Daily Mail, gambar itu dimuat naik di Facebook pada malam Selasa dengan kapsyen;
"Anggota bomba berehat seketika untuk berswafoto pada tahun baru!"
Foto itu dipercayai dirakam sebagai kenangan kerana ketua batalion berkenaan akan bersara.
Foto: FB Bomba Detroit/Daily Mail
Namun, Komisioner Bomba Detroit, Eric Jones berkata, ada banyak cara lain untuk meraikan persaraan.
"Bergambar di hadapan bangunan sedang dijilat api bukan salah satu daripadanya.
"Kami akan menyiasat perkara ini dan mereka akan dikenakan tindakan disiplin jika terbukti bersalah," katanya.
Jones juga menyifatkan tindakan anggota terbabit tidak wajar dilakukan dan tidak profesional. - CARI |