Tular di laman Twitter gambar aksi boomerang pelakon Eyka Farhana dan pemain bola sepak Johor Darul Takzim berlaga pipi hingga mencetuskan kecaman netizen.
Foto: IG Eyka Farhana dan Akhyar Rashid
Peminat juga seperti bimbang karier Akhyar sebagai pemain bola terjejas disebabkan perempuan yang mendampinginya dan mahukan Akhyar yang dahulu 'kembali'.
Ada juga yang tidak kisah, namun berharap Akhyar tidak hanyut dengan kehidupan peribadinya dan buktikan kepada peminat bahawa tanggapan mereka salah.
Tambahan pula, persembahan Akhyar baru-baru ini di Sukan Sea mendapat kritikan peminat bola sepak.
Tidak kurang juga ada yang masih menyokong Akhyar dan menasihatinya untuk tidak mempedulikan kecaman 'haters'. Apa yang penting adalah terus berusaha.
Rata-rata netizen begitu terkejut dengan aksi Eyka yang berani menunjukkan hubungannya bersama Akhyar di media sosial.
Harap berita seperti ini tidak menjejaskan mutu persembahan Akhyar di padang bola. - CARI |