Kredit foto : The Sun UK
Kurus betul! Ramai yang terkejut dengan bentuk tubuh Adele yang kurus sampai nampak tulang selangka apabila gambar percutiannya bersama penyanyi Harry Styles tersebar baru-baru ini.
Adele dilaporkan berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 22 kilogram.
Memetik laporan mStar, penyanyi lagu Someone Like You itu rupa-rupanya mengamalkan diet dipanggil sirtfood.
Diet yang dicipta oleh pakar pemakanan iaitu Aidan Goggins dan Glen Matten ini menekankan cleanse diet dalam rutinnya.
Diet sama pernah diamalkan oleh adik kepada Kate Middleton iaitu Pippa Middleton sehingga ia mendapat carian ketujuh tertinggi di Google pada 2019.
Kredit Foto - Merdeka.com : Pippa Middleton
Kajian juga mendapati pengamal diet ini mampu menurunkan berat badan sebanyak tiga kilogram dalam tempoh seminggu.
Rutin diet ini juga sangat ketat dan perlu dilakukan secara berterusan dalam tempoh seminggu termasuklah;
1. Tiga hari pertama perlu membataskan pengambilan 1,000 kalori dengan pengambilan tiga jus hijau dan protein.
2. Selepas tempoh itu, anda dibenarkan menambah pengambilan kalori sehingga 1,500 termasuk makan dua kali sehari bersama dua gelas jus hijau.
3. Fasa pemeliharaan, Dalam fasa ini anda harus makan tiga hidangan seimbang ditambah dengan senaman efektif bagi mendapatkan kesan memberangsangkan.
Bagaimanapun diet ini disifatkan sebagai diet jangka pendek bagi yang ingin menurunkan berat badan dengan cepat.
Kredit Foto - Daily Mail UK
Adele memberitahu dia menggabungkan diet sirtfood dengan penambahan diet lain termasuk mengawal pengambilan karbohidrat serta gula.
"Dulu saya boleh minum 10 cawan teh dengan dua ketul gula setiap hari. Itu bermakna saya ambil 20 ketul gula sehari.
"Sekarang saya tidak minum teh lagi dan rasa lebih bertenaga.
" Jika dulu saya sering menangis tapi sekarang saya kerap berpeluh,"guraunya.
Selain itu, Adele beritahu dia aktif melakukan senaman pilates dan angkat berat sejak tahun lalu.
Pada siapa yang masih belum berjaya turunkan berat badan, mungkin boleh cuba diet seperti Adele ni. Misi kurus sebelum raya uolls!! - CARI
|