|
"Kahwin ni bukan sehari dua, tak naklah sebulan dua bulan, cerai."
Pelakon Uqasha Senrose mendedahkan belum menemui insan yang berjaya bertakhta di hatinya.
Kredit foto: IG
Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 28, bagaimanapun menjelaskan dia tidak mencari lelaki yang benar-benar sempurna.
Kena dengan jiwa pun dah cukup, katanya.
"Bukan tak sedia, cuma tak jumpa orang yang betul. Kahwin ni bukan sehari dua, tak naklah sebulan dua bulan, cerai, makan hati kalau laki tu tak jaga hati. Saya memang jaga bab tu, takut salah pilih orang.
"Saya tak fikir pasal status (calon suami) ke apa, cukuplah seorang yang stabil (kewangan), hormat orang tua, ada agama, setia dan jujur," katanya kepada HLive!
Kredit foto: IG
Kata Uqasha, buat masa ini dia hanya mahu memberi fokus kepada kerjaya.
"Ada berkawan, tapi fokus saya sekarang pasal kerja. Kalau hal lain, saya rasa kalau tuhan dah kata itu jodoh kita, ia akan jadi mudah je," katanya.
Sedih agaknya Kamal Adli kena friendzoned dengan Uqasha lepas luah rasa rindu terhadap aktres itu di Instagram.
Kredit foto: IG
Siapalah agaknya yang ngam dengan jiwa Uqasha ya? - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|